Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PTSR]Pahang gagal ke separuh akhir

[PTSR]Pahang gagal ke separuh akhir

Pasukan Bolasepak Wanita Pahang gagal ke pusingan kalah mati Piala Tun Sharifah Rodziah apabila tunduk pada PDRM dalam perlawanan kumpulan B di UKM Bangi semalam.

Setelah tewas kepada MISC-MIFA pada hari sebelum itu, kemenangan sahaja dapat mencerahkan peluang mereka untuk ke separuh akhir.

Perlawanan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan dan Pahang berjaya memperolehi sepakan penalti pada separuh pertama tetapi gagal disempurnakan oleh Fatin Shahida Azmi.

PDRM memperolehi gol pertama melalui Lovelytha Jelus pada minit ke 27 dan Norhanisa Yahya kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke 41 dan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Lovelytha Jelus menambah koleksi golnya pada minit ke 49 dan keputusan itu tidak berubah sehingga tamat permainan.

Jurulatih Pahang, Mohd Adan Afiq ketika dihubungi agak kecewa dengan keputusan tersebut. Baginya kegagalan anak-anak buahnya  untuk menyudahkan peluang yang terhidang kepada bentuk jaringan menjadi punca kepada kekalahan tersebut.

“Mereka mengusai sebahagian hampir permainan dan jika sepakan penalti yang diperolehi pada separuh masa pertama itu dapat diterjemahkan kepada jaringan pola permainan pasti bertukar.

Esok (hari ini) adalah perlawanan terakhir kumpulan menentang Perak. Walaupun hanya sebagai pelengkap jadual, kami tetap akan memburu kemenangan dan menamatkan kejohanan ini di tempat ketiga kumpulan sekurang-kurangnya.”.

Pada petang ini, pasukan bolasepak Pahang akan menentang Perak di Padang Institut Latihan Kehakiman Dan Perundingan Negara, Bangi pada jam 4.45 petang.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top