Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]TokGajah teruskan rentak kemenangan

[MSL]TokGajah teruskan rentak kemenangan

Pahang meneruskan rentak kemenangan untuk kekal menerajui Liga Super 2015 apabila menewaskan ATM 2-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Pahang menguasai awal perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya termasuk tandukan Matias Conti yang sedikit tersasar.

Kesungguhan Pahang mendapatkan gol akhirnya berhasil pada minit ke 15 apabila gerakan R. Gopinathan yang menerima hantaran cantik Saifulnizam Miswan tenang disudahkan Dickson Nwakame.

Dickson sekali lagi menemui gawang apabila menanduk masuk sepakan percuma Gopinathan pada minit ke 35 selepas Fauzi Roslan dijatuhkan.

Perlawanan berlangsung hambar sebaik bermula babak kedua dengan Pahang lebih berhati-hati. Sebaliknya, ATM yang lebih banyak menyerang namun mereka gagal menembusi pertahanan Pahang.
Kedudukan kekal 2-0 hingga tamat perlawanan. Pahang bakal menghadapi tugas berat apabila bertemu Lions XII di Std Jalan Besar, Sabtu ini.

Leave a Reply

Top