Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PTSR]Pemain gugup punca kekalahan

[PTSR]Pemain gugup punca kekalahan

Mohd Adan Afiq (Coach)Perasaan gugup yang menghantui pemain bolasepak wanita ketika separuh masa pertama menyebabkan mereka tewas ditangan MISC-MIFA semalam ujar jurulatih pasukan Mohd Adan Afiq.

Jurulatih muda ini yang pernah melatih pasukan ini dalam kejohanan Piala Cardiff di Subang Jaya sebelum ini mengharapkan perasaan ini dapat dibendung menjelang perlawanan ketiga mereka menentang PDRM pada petang ini.

“Pemain saya gugup dan tidak dapat memberi fokus kepada permainan kerana terlalu memandang tinggi pada pasukan lawan yang ratanya lebih berpengalaman. Kehilangan fokus ini menyebabkan apa yang dirancang tidak menjadi. Ini dapat kita lihat apabila hantaran mereka tidak tepat dan taktikal permainan yang tidak mengikut sperti yang saya harapkan.

Tetapi selepas rehat, saya telah memberi kata dua dan semangat kepada mereka supaya lebih fokus dan jangan terlalu memandang tinggi pada pasukan lawan. Hasilnya mereka bermain dengan lebih baik dan pasukan lawan gagal menjaringkan gol tambahan pada separuh masa kedua.

Jika penalti yang kami dapat mampu diterjemahkan ke bentuk jaringan saya yakin corak permainan akan bertukar dan anak-anak buah saya mampu beri saingan kepada pasukan lawan”.

Bercakap tentang perlawanan akan datang menentang PDRM, Mohd Adan yakin dengan kebolehan anak-anak buahnya untuk menewaskan PDRM dan sekaligus mengutip 3 mata berharga untuk melepasi sasaran pasukan untuk layak ke separuh akhir kejohanan ini.

Perlawanan Pahang menentang PDRM akan berlangsung di Padang B, UKM Bangi bermula jam 4.45 petang. Kemenangan akan mencerahkan peluang Pahang untuk mara lebih jauh kerana hanya PDRM yang juga merupakan pasukan pilihan hanya mendahului 3 mata dengan kelebihan satu perlawanan.

Foto : www.fam.org.my

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top