Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PTSR]Pahang gagal kekang MIFA-MISC

[PTSR]Pahang gagal kekang MIFA-MISC

Skuad Wanita Pahang mengalami kekalahan pertama dalam Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah apabila tewas kepada pasukan pilihan kejohanan MISC-MIFA 0-2 di Padang A Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada petang semalam lapor koresponden Rizal Shaari.

1 vs MISC-MIFA

Turun dengan barisan hampir sama kecuali penjaring gol semasa menentang ATM Noradilah Idrus yang cedera, anak buah Mohd Adan Afiq ini kelihatan tidak gentar dengan reputasi pasukan lawan.

MISC-MIFA mendahului Pahang pada minit ke-24 melalui Haindee Mosroh dan 10 minit kemudiannya mereka menambah lagi gol oleh Sihaya Ajad. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung di babak kedua, Pahang berpeluang mengurangkan defisit gol apabila memperolehi sepakan penalti pada minit ke 60 apabila penyerang Pahang dijatuhkan di dalam kawasan penalti tetapi gagal disempurnakan oleh Zurain Kamaruddin. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Pahang kini berada di tempat ketiga daripada 2 perlawanan di belakang MISC-MIFA dan PDRM yang sudah pun bermain 3 perlawanan. Perlawanan seterusnya adalah menentang PDRM pada hari ini di Padang B, UKM Bangi.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top