Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Jangan ulang lagi! – ZAH

[MSL]Jangan ulang lagi! – ZAH

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mengingatkan para pemainnya supaya jangan mengulangi lagi tabiat yang sama sebelum ini semasa melayan kunjungan ATM di Stadium Darulmakmur malam ini.

Pada perlawanan terdahulu menentang pasukan di tangga kedua Sime Darby FC, pemainnya agak terleka dan tidak serius pada babak pertama perlawanan sehingga menyebabkan mereka ketinggalan 0-2 pada suatu ketika.

Beliau yang melihat itu bukanlah permainan sebenar anak-anak buahnya mahu memastikan perkara yang sama tidak berulang dengan pemain bermain dengan bersungguh dan fokus untuk mendapatkan kemenangan bagi memastikan mereka tidak terlepas sebagai pendahulu liga pada JDT.

“Apa yang berlaku pada perlawanan menentang Sime Darby, pemain saya memikirkan ini adalah perlawanan yang senang dan mudah. Saya memberitahu mereka yang pada separuh masa pertama bukanlah corak permainan mereka yang sebenar.

Saya mahu mereka menganggap setiap perlawanan adalah penting dan harus kembali kepada corak permainan mereka yang asal sentiasa memburu kemenangan”.

Pahang akan menentang ATM di Stadium Darulmakmur pada malam ini untuk perlawanan ke 17 mereka. Kemenangan akan menjamin Pahang untuk terus berada di kedudukan teratas kerana JDT hanya dipisahkan di  dengan hanya 2 mata di tangga kedua.

Untuk rekod, pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Tunku Abdul Rahman, ATM menewaskan Pahang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Abdulafees Abdulsalam.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top