Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Zainal gembira dengan aksi Dickson

[MSL]Zainal gembira dengan aksi Dickson

Ketua Jurulatih Pahang menghamburkan pujian kepada penyerang importnya Dickson Nwakaeme atas permainan yang cemerlang semasa perlawanan Liga Super menentang Sime Darby FC di Selayang Sabtu lepas.

131 Pahang vs Sarawak Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut, pemain import dari Nigeria itu telah membuka ruang kepada dua pemain lain untuk menjaringkan gol sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan Pahang dalam perlawanan tersebut.

“Dia telah mencuba sebaik mungkin untuk menjaringkan gol semasa ketinggalan pada separuh masa pertama namun gagal. Tetapi dalam separuh masa kedua dia telah membuka peluang yang cantik kepada dua pemain untuk  menjaringkan gol dan membawa kepada kemenangan.

Bagi saya bantuan gol tersebut dan juga kerja berpasukan yang semakin baik adalah lebih penting dari bersikap mementingkan diri sendiri. Perkara ini yang saya selalu ingatkan dan terapkan kepada pemain-pemain saya sejak dulu lagi”.

Untuk rekod Dickson kini telah menjaringkan keseluruhan 14 gol pada musim ini. 4 gol dalam saingan Liga Super, 4 gol dalam Piala FA dan 6 gol dalam Piala AFC. Beliau yang sering bergandingan dengan seorang lagi awang import dari Argentina Matias Conti membentuk gandingan serasi dan sentiasa menghadirkan ancaman kepada kubu lawan.

Foto : www.pahangfa.com

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top