Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PTSR]Pahang mula langkah kanan

[PTSR]Pahang mula langkah kanan

3 vs ATM

Pahang mula dengan langkah kanan dalam Kejohanan Piala Tun Syarifah Rodziah apabila mudah membenam Angkatan Tentera Malaysia dengan keputusan 2-0 di padang Institut Latihan Kehakiman Dan Perundingan Negara, Bangi semalam lapor koresponden TGC Rizal Shaari.

 

4 vs ATM

Pahang bermula garang dengan mengasak ATM dari tiupan wisel permulaan dan berjaya mendahului seawal minit ke 6 melalui Noradilah Idrus yang memperdayakan beberapa pemain pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol ATM.

8 minit kemudian Noradilah menambah derita ATM apabila melebarkan jurang perbezaan gol dengan menjaringkan gol keduanya pada perlawanan itu menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

5 vs ATM

Bersambung di babak kedua, Pahang terus menguasai perlawanan tetapi gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan Pahang mendahului kumpulan B berkongsi mata dengan MISC-MIFA yang menewaskan PDRM 1-0 dalam satu lagi perlawanan di Padang C UKM.

Selepas ini, skuad wanita Pahang akan menentang MISC-MIFA yang juga pasukan pilihan kejohanan pada hari Selasa, 4 Ogos 2015 di Padang A Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top