Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Tok Gajah cemas sebelum menang

[MSL]Tok Gajah cemas sebelum menang

Pahang terus mengungguli Liga Super apabila menewaskan pasukan di tangga tercorot Sime Darby FC dengan keputusan 4-2 di Stadium Selayang malam tadi.

Dengan barisan yang sama semasa membenam Sarawak di Kuantan sebelum liga berhenti rehat kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pahang bermula dengan baik apabila sentiasa menyerang Sime Darby dalam 10 minit pertama.

Namun, Sime Darby menghukum kelekaan pertahanan pelawat dengan menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 10 melalui Marko Perovic. Jaringan itu berpunca dari kealpaan pertahanan Pahang yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Marco berjaya mengambil kesempatan untuk mudah menewaskan Khairul Azhan.

Tidak cukup dengan itu, Marko sekali lagi menjaringkan gol keduanya dengan merembat bola dari luar kotak penalti. Itu adalah gol peribadinya ke empat pada musim ini.

Pahang berjaya merapatkan kedudukan sebelum permainan berhenti rehat melalui Damion Stewart yang menanduk bola ke gawang gol hasil hantaran sepakan percuma dari Hafiz Kamal menjadikan kedudukan 1-2 berpihak kepada tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Pahang menggandakan asakan setelah menyedari kemenangan sahaja yang menjamin kedudukan sebagai pendahulu liga sekaligus mencerahkan peluang untuk menjuarai Liga Super buat kali kedua.

Hasilnya, Matias Conti menyamakan kedudukan pada minit ke-59 apabila menanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Sime Darby setelah satu sepakan sudut dari Hafiz Kamal.

Pahang mendahului pada minit ke 67 apabila sekali lagi Matias mencetak namanya sebagai penjaring dengan menanduk bola menerjah jaring hasil hantaran Dickson Nwakaeme yang sebelum itu melakukan gerakan solo dari tepi padang menewaskan Sufian Abdul Rahman.

Pemain gantian, Mohd Fauzi Roslan kemudian menjarakkan kedudukan kepada 4-2 apabila mudah menolak masuk bola ke gawang juga hasil hantaran Dickson Nwakaeme. Kedudukan kekal hingga wisel penamat oleh Zamzaidi Katimin.

Pahang bakal menentang satu lagi pasukan tercorot liga ATM di Kuantan pada Rabu ini.

Keputusan lain :

Sarawak 0 JDT 2

ATM 1 Terengganu 5

Selangor 1 PDRM 1

Kelantan 1 Perak 0

foto : www.pahangfa.com

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top