Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala Presiden]Skuad muda Pahang kandas di suku akhir

[Piala Presiden]Skuad muda Pahang kandas di suku akhir

Perjalanan Pasukan Piala Presiden Pahang terhenti di peringkat suku akhir apabila tewas di tangan PDRM dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Utama PULAPOL semalam.

Perlu mendapatkan dua gol bagi memadam defisit dan kelebihan gol pasukan lawan setelah tewas 1-2 di tempat sendiri sabtu lepas sememang satu misi yang agak sukar bagi anak buah Azaruddin Aziz.

Menguasai hampir sebahagian perlawanan, banyak peluang untuk menjaringkan gol diperoleh namun gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan oleh barisan penyerang yang diketuai Ketua Pasukan Mohd Faizal Mohd Rani.

PDRM menambah tekanan apabila menjarakkan jurang argregat kepada 3-1 apabila berjaya mendapatkan jaringan melalui Amirul Abas yang membuat satu lipatan gunting cantik menewaskan penjaga gol Pahang.

Pengadil terpaksa diberhentikan perlawanan berikutan hujan lebat beserta dengan petir dan disambung 30 minit kemudian. Tetapi keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top