Anda di sini
Laman Utama > Berita > Wanita Pahang sedia bagi cabaran

Wanita Pahang sedia bagi cabaran

Agak janggal melihat satu pasukan bolasepak wanita lebih-lebih lagi dengan tanggapan dan persepsi peminat bolasepak di luar mengenai pemain wanita yang kebanyakkannya berpewatakan seperti lelaki atau ‘tomboy’. Seharusnya persepsi sebegini haruslah dihapuskan kerana walaupun mereka ini dicaci dan dikutuk kesungguhan dan minat mereka dalam bolasepak serta mahu menaikkan nama Pahang dalam arena bolasepak negara masih membara. Hakikatnya mereka masih lagi mempunyai jiwa wanita malahan ada sebahagian daripada pemain ini bertudung dan manis pandang.

4 Wanita Pahang

Ini yang ditegaskan oleh Penolong Pengurus Pasukan Bolasepak Wanita Pahang, Norbaizura binti Abu Bakar semasa ditemui di Kuantan baru-baru ini. Lebih mesra dipanggil Zoro, beliau berkata pasukan ini bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Wanita Negeri Pahang dan bakal menyertai Kejohanan Bolasepak Wanita : Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 8 Ogos 2015 ini bertempat di Bangi.

2 Wanita Pahang  Persatuan ini yang sebenarnya sudah wujud agak lama tetapi kerana kurangnya pertandingan konpetitif dan sokongan dari wanita menyebabkan ia agak kurang aktif dan tidak dikenali. Usaha mewujudkan kembali Kejohanan ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia seakan memberi sinar kepada PBWNP untuk kembali aktif.

3 Wanita Pahang

Mempunyai pemain yang berumur 20 hingga 32 tahun terdiri kebanyakkannya dari pemain-pemain yang aktif menyertai pertandingan futsal seperti Grand Final IMetro dan Liga Futsal Kebangsaan. 4 pemain dari pasukan ini adalah pasukan MPSJ dalam Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan dan pernah menyertai Kejohanan Cardiff Cup.

Zoro mengambil inisiatif untuk mengumpul pemain dan kini pasukan ini telah melakukan sesi latihan di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang bagi memantapkan pasukan dari segi taktikal dan stamina pemain di bawah kendalian jurulatih Adnan bin Razali serta penolong jurulatih Muhammad Adam Afiq bin Yusof.

Menurut Zoro sasaran mereka dalam kejohanan ini ialah layak sehingga ke peringkat suku akhir selain memberi pendedahan kepada pasukan kerana pasukan ini baru dibentuk dan pemain lebih biasa bermain futsal berbanding bolasepak. Namun, setelah menjalani latihan insentif selama hampir 2 bulan, mereka sudah serasi dengan corak dan taktikal permainan bolasepak.

Saya lihat antara pasukan yang dijangka memberikan saingan sengit di dalam kejohanan ini adalah Sabah dan MIFA kerana mereka mempunyai beberapa pemain kebangsaan dan melakukan persediaan yang lebih baik. Walaupun begitu, saya yakin para pemain akan tetap memberikan permainan terbaik mereka walaupun tidak semewah seperti pasukan lain kerana mempunyai penajaan yang terhad.

Walaupun berjuang tanpa sebarang elaun dan kebanykkannya ada yang mengeluarkan duit dari poket sendiri, mereka tetap nampak bersemangat untuk menaikkan nama negeri Pahang dalam Kejohanan ini dan berharap pasukan ini dapat memberi impak dan dapat menaruh minat wanita-wanita lain untuk menyertai bolasepak pada masa hadapan.

Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah akan disertai oleh 10 pasukan iaitu Pulau Pinang, Selangor, Sabah, N.Sembilan, Sarawak, PDRM, MISC-MIFA, ATM, Perak dan juga Pahang. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP) di Bandar Baru Bangi akan dijadikan venue perlawanan.

11751466_823692161060883_4201283508896927984_n

 

Leave a Reply

Top