Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super: Preview] Sime Darby vs Pahang

[Liga Super: Preview] Sime Darby vs Pahang

Kekalahan mengejut Pahang ke atas Sime Darby pada perlawanan liga super yang berlangsung pada 25 Januari 2014 di Selayang ternyata menjadi igauan buruk buat para pemain dan kem kejurulatihan skuad Tok Gajah menjelang aksi ke 16 liga super yang kembali bersambung selepas berehat kira-kira 3 minggu.

Sime Darby vs Pahang

Perlawanan yang akan berlangsung Sabtu ini ternyata ditunggu-tunggu buat para pemain dan peminat setia bagi melunaskan kekalahan ke atas pasukan Sime Darby 1-0 pada tahun 2014 itu. Namun begitu, keazaman untuk menebus kekalahan musim lalu haruslah dipandang serius tatkala pasukan yang pernah dikenali sebagai The Giant Killer ini berjaya mengikat Kelantan pada pertemuan Sabtu lepas seterusnya membuktikan betapa seriusnya mereka untuk mengekalkan saingan dalam liga super bagi tahun hadapan.

Ternyata skuad Tok Gajah perlu sedar akan prestasi yang ditunjukkan Sime Darby baru-baru ini dan terus memberi tumpuan 100% bagi mengelakkan keciciran mata di Selayang nanti. Kemenangan 2-0 pada pertemuan pertama di Darul Makmur seharusnya tidak dijadikan kayu pengukur bagi mempersiapkan pasukan menjelang pertemuan Sabtu ini kerana pasukan lawan pasti tampil dengan ramuan taktikal yang berbeza bagi menjerat anak buah Zainal Abidin Hasan nanti.

ismailzakaria
Ketua Jurulatih Sime Darby FC Ismail Zakaria

Sime Darby yang kini berada dalam zon penyingkiran ternyata sedang mengintai kemenangan pertama dari 15 perlawanan setakat ini bagi terus membawa cabaran dalam liga super musim hadapan. Namun tugas berat bakal menanti buat anak buah Ismail Zakaria apabila bukan sahaja perlu berhadapan dengan pendahulu liga, malah selepas ini dijadualkan bertemu dua lagi pencabar kejuaraan liga iaitu JDT dan Selangor.

Menyedari akan statistik melalui jumlah jaringan dan bolos yang ternyata tidak memihak kepada pasukan Sime Darby, seharusnya input ini tidak boleh dipandang rendah oleh Pahang kerana dalam bolasepak tiada yang mustahil dan keputusan seperti musim  lalu mungkin berulang seterusnya bakal merencatkan momentum dan konsistensi skuad Tok Gajah untuk berada di persada liga.

Berita mengenai kehilangan 2 tonggak midfield pasukan Tok Gajah akibat kecederaan panjang ternyata sedikit menyulitkan perancangan Zainal Abidin bagi memperkuatkan jentera tengah Pahang sekiranya pemain seperti Zesh Rehman dan Hafiz Kamal terlepas aksi penting selepas ini. Kesempatan menerusi availability pemain utama perlu dimanfaatkan dan diterjemahkan dengan 3 mata untuk menghadirkan suntikan motivasi pada baki perlawanan nanti.

Barisan kemungkinan (Ramalan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top