Anda di sini
Laman Utama > Berita > Azidan tambah derita Pahang

Azidan tambah derita Pahang

Selepas dikejutkan dengan kehilangan pemain tengah muda Norazam Azih akibat kecederaan ACL untuk sepanjang musim ini beberapa hari lepas, Pahang menerima tamparan sekali lagi semalam apabila seorang lagi tonggak tengah Azidan Sarudin juga disahkan mengalami kecederaan yang sama.

Kecederaan itu telah mengakibatkan Azidan juga bakal terlepas baki saingan Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala AFC pada musim ini. Untuk rekod Piala Malaysia dan Piala AFC akan memulakan saingan bermula akhir Ogos manakala Liga Super hanya tinggal 7 perlawanan sahaja lagi sebelum melabuhkan tirai.

Azidan akan tersisih selama sekurang-kurangnya 6 bulan  dan hanya dijangka kembali apabila musim baru bermula pada tahun hadapan.

Saya terpaksa melupakan baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia kerana mengalami kecederaan ACL. Kecewa memang kecewa kerana kecederaan ini mengambil masa yang panjang tetapi saya perlu cepat mendapatkan rawatan supaya dapt segera bermain untuk tahun hadapan.

Pada rakan sepasukan saya harap teruskan usaha kekalkan kedudukan liga sehingga penghujung saingan dan saya sangat berharap kejuaraan Liga Super menjadi milik Pahang pada tahun ini.

Selain itu, saya menyeru semua penyokong teruskan memberi semangat kepada pasukan Pahang walaupun saya tidak dapat beraksi selepas ini. Sememangnya penyokong adalah tulang belakang kami untuk memperolehi kejayaan.

Ketiadaan Azidan menyebabkan Pahang kini kehilangan dua tonggak tengah untuk menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang. Situasi ini bakal merumitkan Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan kerana hanya dua pemain tengah yang tinggal untuk meneruskan baki perlawanan iaitu Hafiz Kamal dan Zesh Rehman.

Pahang akan menghadapi pasukan di tangga tercorot Sime Darby pada Sabtu ini di Selayang dalam misi untuk mengekalkan kedudukan teratas liga. JDT berada ditangga kedua dan diekori oleh Perak.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Azidan tambah derita Pahang

Leave a Reply

Top