Anda di sini
Laman Utama > Berita > Azam terpaksa lupakan baki saingan Liga Malaysia

Azam terpaksa lupakan baki saingan Liga Malaysia

Berita yang mendukacitakan kedengaran dari Kem Pahang menjelang perlawanan Liga Super yang bersambung kembali setelah berehat hampir 2 minimageggu kerana sambutan Hari Raya dan perlawanan pasukan pilihan Malaysia menentang Liverpool pada Jumaat lepas.

Pemain tengah muda Pahang, Norazam Azih telah disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang memaksanya berehat hampir 6 bulan.

Berikutan kecederaan ini, Azam terpaksa melupakan baki saingan Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan juga aksi suku akhir Piala AFC yang dijadualkan pada akhir bulan Ogos nanti.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Azam redha dengan musibah yang melanda beliau pada tahun ini dikala pasukan Pahang memerlukan beliau bagi menghadapi baki saingan liga yang padat pada bulan Ogos ini.

Sekarang saya perlu berehat 2 bulan sebelum menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan saya ini. Saya perlu makan ubat ubatan yang disyorkan oleh doktor untuk merawat kecederaan dalam bahagian dalaman.

Bagi saya kecederaan seperti ini lumrah untuk pemain bolasepak. Saya perlu disiplin dalam rawatan supaya dapat beraksi segera untuk musim hadapan bersama Pahang. Banyak lagi kejuaraan yang saya inginkan semasa bersama Pahang.

Beliau berharap rakan sepasukan akan meneruskan perjuangan untuk memburu mahkota Liga Super bagi tahun ini walaupun tanpa kelibat beliau di atas padang.

Beliau yakin kejuaraan Liga Super akan berada di bumi Darul Makmur pada musim ini berdasarkan komitmen rakan-rakan sepasukan setelah mengharungi jadual yang amat padat pada tahun ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top