Anda di sini
Laman Utama > Berita > Undi 2 pemain Pahang dalam Anugerah Pemain Terbaik Julai

Undi 2 pemain Pahang dalam Anugerah Pemain Terbaik Julai

Selepas Dickson Nwakaeme yang dicalon dalam antara 5 pemain untuk bulan Mei dan kemudiannya Kapten Pahang Razman Roslan dan Matias Conti untuk bulan Jun, kini 2 orang lagi pemain Pahang disenarai pendekkan untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my bagi bulan Julai.

Untuk rekod, ketiga-tiga pemain Pahang tewas untuk anugerah tersebut dengan bulan Mei dimenangi oleh Wan Zaharulnizam dari Kelantan dan Nurridzuan Abu Hassan dari Perak memenangi untuk bulan Jun. Kesemua pemenang dipilih oleh peminat dalam sesi undian yang dijalankan di dalam laman web PFAM.

Untuk bulan Julai, 2 pemain yang tercalon ialah dua orang pemain yang membentuk gandingan mantap di bahagian tengah iaitu Zesh Rehman dan Mohd Hafiz Kamal.

Berasal dari Pakistan tetapi lebih banyak menghabiskan kariernya di England pada zaman kemuncaknya, Zesh Rehman merupakan nadi penting Pahang pada tahun ini. Bermain di posisi asal pertahanan tengah yang kemudian diubah oleh Zainal Abidin Hassan ke posisi tengah bertahan, Zesh menjaringkan 2 gol pada pada 2 perlawanan terakhir Pahang sebelum berhenti rehat untuk sambutan Hari Raya. 2 gol tersebut memastikan Pahang masih kekal menerajui liga sehingga kini.

Walaupun tiada jaringan gol oleh Hafiz Kamal pada perlawanan bulan Julai, beliau merupakan nadi penting Pahang di bahagian tengah. Perancang dari Perak ini banyak membantu penyerang Pahang yang diketuai oleh Dickson untuk merobek pintu gol lawan. Beliau juga cepat turun bertahan jika Pahang diserang oleh pihak lawan. Kombinasi dan persahaman yang mantap beliau dengan Zesh Rehman kekal utuh sehingga kini.

Kepada para peminat, marilah mengundi pemain-pemain Pahang yang dicalonkan agar Anugerah ini dapat memberi semangat dan penghargaan kepada mereka. Undian boleh dilakukan di pautan di bawah.

Undi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my bulan Julai.

JulyHafiz

JulyZesh

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top