Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]Zulhamizan pangku tugas Aminuddin

[MPL]Zulhamizan pangku tugas Aminuddin

Wira ’92 Pahang yang ketika menjuarai Piala Malaysia 1992 menjadi pilihan pengurusan Kuantan FA untuk mengemudi pasukan itu dalam baki saingan Liga Perdana pada musim ini.

Zulhamizan Zakaria yang menjaringkan gol tunggal kemenangan semasa perlawanan tersebut akan memangku jawatan Ketua Jurulatih terdahulu Aminuddin Hussin yang direhatkan selepas prestasi terumbang-ambing Kuantan FA dalam saingan liga. Untuk rekod Zulhamizan adalah Ketua Jurulatih ketiga bagi Kuantan FA bagi musim ini selepas Ridzuan Abu Shah dan Aminuddin sendiri.

Beliau yang pernah melatih ATM FA pada tahun 2010 tetapi tidak sepenuh musim mempunyai misi untuk memastikan Kuantan FA akan terus bersaing dalam Liga Perdana pada musim hadapan.

Kuantan FA kini menduduki tangga kedua tercorot dengan hanya memperolehi 8 mata hasil dari dua kemenangan dan dua seri setelah 15 perlawanan diharungi. Liga Perdana masih ada berbaki 7 perlawanan sebelum melabuhkan tirainya pada 21 Ogos nanti.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top