Anda di sini
Laman Utama > Berita > 4 pemain Pahang jadi pilihan Dollah Salleh

4 pemain Pahang jadi pilihan Dollah Salleh

Ketua Pasukan Pahang Razman Roslan dan penyerang import Dickson Nwakaeme antara muka baru yang menjadi pilihan Ketua Jurulatih Malaysia Dollah Salleh untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC yang akan berlangsung pada hari jumaat 24hb Julai 2015 nanti.

Selain Razman dan Nwakaeme, dua orang pemain Pahang yang lain iaitu Khairul Azhan dan Azamuddin Akil juga dipanggil oleh Dollah untuk melengkapkan senarai 20 pemain yang dipilih untuk perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Skuad pilihan Malaysia ini akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 19 Julai yang menyaksikan lima pemain import juga dipanggil selain daripada Nwakaeme. Tiada pemain daripada pasukan JDT dipanggil pada kali ini cuma dua pemain Amri Yahya dan Syafiq Rahim dalam senarai menunggu.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil oleh Dollah Salleh :

BIL

NAMA

POSISI

PASUKAN

1.

ZAMIR SELAMAT

PENJAGA GOL

PERAK

2.

KHAIRUL AZHAN KHALID

PENJAGA GOL

PAHANG

3.

AFIF AMIRUDDIN

PERTAHANAN

PDRM

4.

RAZMAN ROSLAN

PERTAHANAN

PAHANG

5.

YONG KUONG YONG

PERTAHANAN

PULAU PINANG

6.

ZUBIR AZMI

PERTAHANAN

TERENGGANU

7.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

PERTAHANAN

HARIMAU MUDA B

8.

NASIR BASHARUDDIN

TENGAH

PERAK

9.

BADDROL BAKHTIAR

TENGAH

KEDAH

10.

AZAMMUDDIN AKIL

TENGAH

PAHANG

11.

AHMAD SYAMIM YAHYA

TENGAH

FELDA UNITED

12.

AHMAD HAZWAN BAKRI

TENGAH

SELANGOR

13.

JOSEPH KALANG TIE

TENGAH

SARAWAK

14.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

PENYERANG

TERENGGANU

15.

AFIQ AZMI

PENYERANG

SELANGOR

16.

DICKSON NWAKAEME *

PENYERANG

PAHANG

17.

ASHFAQ ALI *

PENYERANG

PDRM

18.

ROBERT CORNTHWAITE *

PERTAHANAN

SELANGOR

19.

THIAGO JUNIO AQUINO *

PERTAHANAN

PERAK

20.

ZAH RAHAN KRANGAR *

TENGAH

FELDA UNITED

*pemain import

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top