Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]Sasaran Pahang tercapai

[Liga Super]Sasaran Pahang tercapai

Sasaran Pasukan Pahang untuk terus menakluk puncak liga tercapai apabila berjaya menewaskan pasukan di tangga ke 9 Sarawak di Stadium Darulmakmur semalam.

Zainal Abidin Hassan menurunkan barisan yang sama semasa menewaskan Selangor di Shah Alam bagi meneruskan kecemerlangan dan momentum yang dipamerkan mereka tempoh hari.

Zesh Rehman membuka tirai jaringan pada minit ke 22 apabila menampan hantaran dari sepakan percuma Hafiz Kamal. Gol ini merupakan gol kelima beliau pada musim ini. Kedudukan 1-0 kekal sehingga permainan berhenti rehat untuk separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Pahang dikejutkan dengan jaringan dari pemain tengah kebangsaan Joseph Kallang Tie yang melakukan rembatan cantik dari jarak 30 meter untuk menewaskan Khairul Azhan.

Tersentak dengan jaringan penyamaan Sarawak, Pahang menggandakan asakan dan berjaya menperolehi gol kedua melalui Dickson Nwakaeme yang melakukan gerakan solo dari tepi padang menewaskan dua pemain pertahanan Sarawak dan Iqbal yang gagal menepis keluar rembatan beliau.

Azamuddin Akil juga berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila menafaatkan peluang di hadapan gol hasil dari hantaran Hafiz Kamal.

Kedudukan kekal 3 gol berbalas 1 hingga tamat perlawanan meletakkan Pahang kekal di takhta liga mengatasi JDT yang kurang satu perlawanan.

Keputusan lain :

ATM 0 Felda Utd 4

PDRM 1 Kelantan 3

Sime Darby FC 0 Terengganu 2

Lions XII 2 Perak 1

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top