Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super: Preview] Pahang vs Sarawak

[Liga Super: Preview] Pahang vs Sarawak

Momentum kemenangan perlu diteruskan
Momentum kemenangan perlu diteruskan

Selepas berjaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Selangor di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu, kini satu lagi ancaman untuk mengekalkan rentak dan momentum untuk bergelar sang juara bakal dihadapi oleh skuad Tok Gajah apabila dijadualkan bertemu pasukan dari bumi kenyalang pada Rabu ini di Kuantan. Kejutan ke atas The Red Giants dengan kemenangan 1-3 baru-baru ini sudah pasti dijadikan bekalan yang mampu melonjak motivasi para pemain namun pemain-pemain haruslah segera untuk kembali fokus untuk melayani kunjungan pasukan Sarawak yang sudah pasti ingin bangkit dengan mencatatkan keputusan yang terbaik selepas tewas ke atas Terengganu 4-2 pada aksi sebelum ini.

Perlawanan yang ke 15 ini sudah pasti akan digunakan oleh anak buah Zainal Abidin Hasan untuk meneruskan penguasaan takhta liga dengan mencatatkan kemenangan bagi menjamin laluan bergelar sang juara. Namun, pasukan yang bakal dihadapi Pahang pada Rabu ini bukanlah calang-calang pasukan apabila Pahang hanya mampu mencatakan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan pusingan pertama di Kuching Febuari lalu.

13 vs Selangor
Alex kembali dengan DNA yang sebenar

Menyingkap semula perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini dahulu, Pahang tampak bergelut untuk menghasilkan serangan apabila dua tonggak flank iaitu Gopinathan dan Alex tidak dapat diturunkan sambil arkitek serangan Pahang iaitu Hafiz Kamal juga terlepas untuk beraksi pada pertemuan itu. Diharapkan sekembalinya 3 tonggak utama pasukan, Pahang mampu mencipta kemenangan Rabu ini. Ini juga ditambah apabila Alex dan Hafiz Kamal dilihat berada dikemuncak prestasinya pada pertemuan Sabtu lalu dengan memperagakan aksi yang begitu bertenaga dengan masing-masing memainkan peranan yang penting untuk mencipta gol buat pasukan. Gerakan yang bertenaga yang ditonjolkan Alex dalam menghasilkan gol penyamaan buat Pahang (oleh Zesh) sewajarnya dipuji dan aksi seperti ini mencerminkan “DNA” Alex yang sebenar sebagai pemain sayap yang sudah lama tidak diulanginya atas faktor kecederaan dan kecerdasan.

14 vs Selangor
Gandingan Zesh-Hafiz semakin menjadi-jadi

Begitu juga persembahan yang mantap ditunjukkan Hafiz Kamal dan rata-rata pemerhati bolasepak tanah air menyifatkan persembahannya ketika menundukkan Red Giants Sabtu lalu merupakan permainan terbaiknya setakat ini. Selain berjaya mencetak nama sebagai penjaring, kelibatnya sebagai middlemen yang menghubungkan sentuhan antara Gopi dan Alex begitu dirasai yang seterusnya melancarkan lagi gerakan bagi kedua-dua flank pasukan Tok Gajah ini. Selain penghubung di antara kedua-dua flank Pahang, keserasiannya bersama Zesh Rehman semakin jitu bagi membentuk  satu platform yang kuat untuk menyerap asakan pasukan lawan yang berpusat dibahagian tengah. Kedua-dua pemain ini dilihat beberapa kali menjadi ball winner dibahagian middle third Pahang.

Secara kesimpulannya, Pahang perlu memanfaatkan kelebihan bermain digelanggang sendiri sambil didorongi suntikan semangat hasil kemenangan berharga di tempat lawan Sabtu lalu. Ini juga ditambah dengan faktor pemain utama yang dilihat semakin menunjukkan kembali bisanya selepas pulih dari kecederaan. Namun, sambil tidak mengetepikan  cabaran pasukan Sarawak, pasukan ini pasti akan bangkit untuk mengelakkan dari zon penyingkiran dan akan cuba mencari sekurang-kurangnya satu mata di Darul Makmur. Kami di tokgajah.com berharap pasukan terus fokus dan mengekalkan momentum kemenangan bagi mencerahkan laluan untuk menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kejuaraan liga.

Barisan Kemungkinan (Ramalan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

2 thoughts on “[Liga Super: Preview] Pahang vs Sarawak

Leave a Reply

Top