Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]Zainal gembira komitmen pemain

[Liga Super]Zainal gembira komitmen pemain

Ketua Jurulatih Pahang nyata gembira dengan komitmen anak anak buahnya yang mengikut taktikal yang diarahkan pada separuh masa kedua apabila berjaya membenam Selangor di laman sendiri dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Menyifatkan permainan yang terbaik dipamerkan oleh pemain Pahang yang disaksinya sepanjang musim ini, mereka berjaya mengekalkan disiplin untuk bangkit setelah ketinggalan dengan jaringan Robert Cornthwaite seawal minit ke 5.

Enggan menganggap kegagalan untuk menang ke atas skuad yang mendapat jolokan Red Giant selama 9 tahun itu sebagai badi, beliau lebih senang jika mengatakan pemain tidak mengambil peluang yang terhidang walaupun diramalkan mampu mengalahkan Selangor dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Tetapi pada malam ini pemain telah menjalankan tugas dengan baik dan komited dalam usaha mereka untuk mengalahkan Selangor bukan kerana untuk melepasi badi tetapi untuk mendapatkan mata penting supaya Pahang terus menerajui liga. Alhamdullilah mereka berjaya dan diharap momentum ini kekal hingga liga berakhir.

Zainal juga mengharapkan pemain tidak dibuai mimpi atas kemenangan ke atas Selangor kerana beliau lebih gemar fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan seperti amanat Tuanku Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Ahmad Shah.

Beliau mahukan pemain segera melupakan kemenangan pada hari Sabtu dan lebih fokus pada perlawanan seterusnya menentang Sarawak di tempat sendiri pada hari Rabu dengan terus memburu tiga mata untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Pada Sabtu lepas Pahang menewaskan Selangor 3-1 hasil jaringan di babak kedua oleh Zesh Rehman, Matias Conti dan juga Hafiz Kamal walau ketinggalan pada separuh masa pertama. Pahang kini berada di tangga pertama mengatasi pasukan JDT di tempat kedua dengan 2 mata.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top