Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]Badi 9 tahun tamat, Selangor tersungkur di gelanggang sendiri

[Liga Super]Badi 9 tahun tamat, Selangor tersungkur di gelanggang sendiri

Pahang menamatkan badi 9 tahun tanpa kemenangan ke atas Selangor apabila menewaskan pasukan itu 3-1 di gelanggang mereka Stadium Shah Alam malam semalam. Kali terakhir Pahang menewaskan Selangor adalah dalam saingan Liga Super pada tahun 2006.

1 vs Selangor

Turun dengan kesebelasan yang sama menentang JDT Sabtu lepas, tiada pertukaran drastik yang dilakukan oleh pengendali Pahang Zainal Abidin Hassan dengan pemain sayap D Saarvindran kembali dalam pasukan setelah mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang PDRM di Kuantan bulan lepas.

Walaubagaimanapun, Pahang dikejutkan dengan gol Selangor seawal minit ke -4 setelah pemain import pertahanan Selangor dari Australia Robert Cornthwaite menanduk masuk bola ke gawang Pahang setelah menerima hantaran berpunca dari sepakan percuma dari Andik Vermansyah. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

12 vs Selangor

Bersambung babak kedua, Pahang menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Hasilnya, gol yang dicari-cari berjaya diperolehi setelah hantaran lintang Azamuddin Akil berjaya di rembat leret oleh Zesh Rahman untuk menjadikan keputusan terikat 1-1.

18 vs SelangorSeolah-olah mendapat semangat dari gol tersebut, Pahang terus mendominasi perlawanan dan berjaya menjaringkan gol kedua melalui Matias Conti setelah Dickson Nwakaeme berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan Selangor dan membuat hantaran kepada Conti untuk mudah disudahkan menewaskan penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad. Itu adalah gol ke 8 peribadinya untuk saingan Liga Super pada musim ini.

Tidak cukup dengan 2 gol, Pahang terus mengatur gerakan memburu gol ketiga dengan Selangor tampak hanya bertahan meskipun memasukkan 2 pemain import Leandro Dos Santos dan Guilherme de Paula untuk menambahkan sengat serangan. Hafiz Kamal mendiamkan penyokong Selangor apabila menjaringkan gol ketiga Pahang dalam perlawanan ini untuk menjadikan keputusan 3-1 memihak kepada Pahang.

21 vs SelangorPahang hampir menambah jaringan menerusi dua peluang Dickskon Nwakaeme yang melakukan gerakan solo di hadapan pintu gol Selangor tetapi tindakan penyudah yang lambat menyebabkan Selangor terselamat diaibkan dengan jaringan lebih besar. Tamat perlawanan kekal 3-1 untuk Pahang terus menerajui takhta liga selepas perlawanan ke-4 liga.

Keputusan lain :

JDT 2 PDRM 1

Felda Utd 2 Sime Darby 2

Terengganu 4 Sarawak 2

Lions XII 3 Kelantan 0

Perak 2 ATM 1

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “[Liga Super]Badi 9 tahun tamat, Selangor tersungkur di gelanggang sendiri

  1. Alhamdulillah.. Berbaloi rasanya turun ke shah alam malam tadi.. Kejayaan paling manis tahun ni.. Kemenangan paling berharga dengan komitmen pemain yg cukup bertenaga n konsisten… Hogoh Pahang Hogoh..

Leave a Reply

Top