Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super]Preview : Selangor vs Pahang

[Liga Super]Preview : Selangor vs Pahang

Misi untuk mengulangi pencapaian memenangi kejuaraan liga super pada tahun 2004 kini bakal diteruskan apabila TokGajah dijadualkan bertemu dengan musuh tradisi, The Red Giants. Perlawanan yang bakal berlangsung Sabtu ini sudah cukup menceritakan betapa pentingnya misi untuk membawa pulang tiga mata berharga seterusnya melebarkan penguasaan ditangga teratas liga.

Kedudukan MSL #13Pemenang di antara pasukan Pahang dan Selangor pada perlawanan yang ke 14 ini sudah mampu menggugat dan merubah kedudukan liga dan Selangor dilihat sudah pasti tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini untuk memintas Pahang tatkala hanya dibezakan dengan 3 mata (27 mata dan 24 mata) dan mempunyai sedikit kelebihan dari segi perbezaan gol iaitu +11 berbanding Pahang +8.

Menyingkap semula pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini yang berkesudahan seri 1-1 di Darul Makmur, perlawanan yang berlangsung seimbang dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak untuk mencipta kemenangan sulung dalam pentas liga super 2015 ini. Pahang terlebih dahulu berjaya mencipta jaringan oleh Matias Conti namun disamakan kedudukan oleh Andik Vermansah yang sekali lagi mengulangi jaringan di Darul Makmur pada tahun sebelum ini.

Preview Pahang-Selangor di Darul Makmur.

Buat pasukan Pahang, momentum kemenangan dalam saingan liga super gagal dilebarkan apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan pasukan JDT seterusnya membuka ruang buat The Red Giants dan Perak untuk merapatkan jurang mata yang kini menghuni ditangga ketiga dan keempat liga buat masa ini. Misi di Shah Alam Sabtu ini adalah mudah. Sekiranya ingin terus mempimpin carta liga, Pahang seharusnya menang dan kekalahan bakal membuatkan Tok gajah keciciran mata dan kesempatan ini bakal diigunakan bukan sahaja Selangor malah Perak (sekiranya menang) untuk memintas Pahang yang kini berada di kedudukan keempat dengan 24 mata sambil mempunyai perbezaan jaringan sebanyak +9.

Kami menjangkakan kem kejurulatihan dan pengendali pasukan, Zainal Abidin sudah sedia maklum akan perkara ini dan menganggap misi di Shah Alam bukanlah sesuatu yang mudah namun bukanlah mustahil. Justeru, diharap Zainal mempunyai ramuan yang tersendiri untuk sekurangnya-kurangnya membawa pulang satu mata berharga Sabtu ini.

3 PHGvsSELDiharap kehadiran semula D. Saarvindran yang cedera sebelum ini dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini nanti bakal menggugat benteng pertahanan Red Giants dan sekali lagi mengulangi kemuncak prestasinya seperti pada perlawanan menentang PDRM tempoh hari yang juga berlangsung di venue yang sama. Keserasiannya bersama rakan sepasukan di Sukan SEA, Matthew Davies di sebelah sayap kanan Pahang diharap terus kekal bagi menambah kekerapan melancarkan serangan dari bahagian flank dan melakukan hantaran silang yang berkualiti mencari gandingan Conti-Nwakaeme dalam D-box Selangor.

Walaubagaimanapun, ancaman The Red Giants tidak boleh dipandang sepi yang masih lagi segar dengan kemenangan ke atas Terengganu 2-0 Sabtu lalu. Sentuhan semula jaringan oleh Abdul Hadi Yahya sudah cukup memberi amaran awal buat pasukan lawan dan barisan pertahanan Tok Gajah haruslah lebih peka dengan ancaman ini sambil tampil lebih fokus menyerap serangan terutamanya dari kedudukan set pieces yang boleh mendatangkan bahaya kerana pemain-pemain seperti Robert Cornthwaite, Mohd Afiq Azmi dan Guilherme De Paula  dilihat mempunyai kelebihan menjaringkan gol dalam situasi ini. Untuk rekod, beberapa gol mereka datang dari taktikal ini.

Selamat berjuang buat pasukan Tok Gajah. Kemenangan perlu di cari untuk kita terus berada di puncak liga. Semoga keputusan yang positif berpihak kepada kita nanti.

Barisan Kemungkinan (Ramalan Tokgajah.com)

Pahang FA - Football tactics and formations

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top