Anda di sini
Laman Utama > Berita > 2 pemain Pahang dicalonkan pemain terbaik bulan Jun

2 pemain Pahang dicalonkan pemain terbaik bulan Jun

2 pemain Pahang tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana bagi bulan Jun seperti diumumkan dalam laman web rasmi persatuan itu semalam.

Pemain yang tercalon ialah penyerang import dari Argentina Matias Ruben Conti serta pemain pertahanan yang juga ketua pasukan Pahang Razman Roslan.

Jaringan hatrik yang dilakukan oleh Conti semasa perlawanan menentang PDRM di Shah Alam mungkin antara penyebab beliau dicalonkan pada bulan ini. Manakala bagi Razman, aksi kosisten dan tenang mengawal benteng sepanjang perlawanan pada bulan ini menjadi faktor pencalonan beliau kali ini.

Ayuh, peminat Pahang untuk sama-sama mengundi pemain Pahang untuk pemain terbaik bulan ini. Undian boleh dilakukan di laman web PFAM atau klik pautan di bawah ini.

Undian Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana bagi bulan Jun

Pengundian dibuka selama seminggu sehingga 5 Julai 2015

RazmanJun

ContiJun

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top