Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]JDT gagal rampas takhta liga

[Liga Super]JDT gagal rampas takhta liga

JDT gagal dalam usahanya untuk mengambil alih takhta liga apabila hanya mampu seri 1-1 dengan pendahulu liga sejak bermula pusingan kedua Pahang di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang disaksikan hampir 25,000 penonton tuan rumah sebentar tadi, Pahang bermula garang dengan menguasai hampir penuh perlawanan pada separuh masa pertama. Licuano Figuora nyaris memberi gol pendahuluan kepada pasukan pelawat apabila rembatannya terkena palang walaupun Khairul Azhan telah tertewas.

Pahang yang banyak menyerang melalui Dickson dan Matias Conti gagal menewaskan pertahanan JDT yang diketuai oleh Fadhli Shas. Keputusan separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.

JDT mendahului pada separuh masa kedua pada minit ke 60 melalui pemain gantian Amri Yahya yang bijak melepasi gerakan offside pertahanan Pahang untuk menjadikan kedudukan 1-0

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Damion Stewart menjaringkan gol penyamaan setelah mengambil  peluang suasana kelam kabut di depan gol JDT untuk mengubah keputusan kepada 1-1

Tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil Mohd Amirul Izwan. Pahang kekal di persada liga dengan kelebihan dua mata di atas JDT.

Keputusan lain :

Selangor 2 Terengganu 0

Sarawak 0 Felda Utd 2

Sime Darby 1 Perak 3

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top