Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]Pahang kekal terajui liga

[Liga Super]Pahang kekal terajui liga

Gol minit-minit terakhir permainan oleh  pemain gantian Azidan Sarudin sudah cukup memberi 3 mata berharga kepada Pahang untuk terus kekal menerajui takhta liga pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Seakan-akan seperti keputusan tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan, tandukan Azidan hasil hantaran cantik dari seorang lagi pemain gantian Fauzi Roslan memadamkan impian skuad Azman Adnan untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata.

Menguasai penuh perlawanan dengan PDRM sekali-sekala menyerang balas, barisan serangan Pahang banyak dikecewakan dengan gerakan yang kurang menjadi dan juga kecemerlangan penjaga gol PDRM, Saiful Amar Sudar.

Pahang kini menduduki kedudukan teratas liga dengan 26 mata berbeza 2 mata mengatasi JDT yang menang dengan Terengganu di Larkin dengan keputusan 2-0. Perlawanan pada hari Sabtu nanti akan menentukan samada Pahang kekal sebagai peneraju liga atau JDT akan mengambil alih kedudukan tersebut.

Keputusan lain :

JDT 2 Terengganu 0

Sime Darby 1 Kelantan 1

ATM 1 Lions XII 1

Selangor 1 Felda United 0

Perak 3 Sarawak 1

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

2 thoughts on “[Liga Super]Pahang kekal terajui liga

Leave a Reply

Top