Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super]Tok Gajah hilang khidmat Zesh

[Liga Super]Tok Gajah hilang khidmat Zesh

Pahang akan turun menentang pasukan PDRM dalam pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur pada malam ini tanpa khidmat pemain import dari Pakistan, Zesh Rahman.

Pemain tinggi lampai itu telah mengutip kad kuning ketiganya Sabtu lalu, sekali gus akan menjalani pergantungan satu perlawananan pada malam ini.

Dengan ketiadaan Zesh di bahagian tengah, ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan dijangka akan mempertaruhkan Muhd Nor Azam Abdul Azih untuk bergandingan dengan Hafiz Kamal di bahagian tengah.
Walaupun terkilan khidmatnya tidak dapat digunakan, Zesh berjanji akan menebus kehampaannya dengan corak persembahan lebih kemas bagi pertemuan getir dengan Johor Darul Takzim, juga di Kuantan pada hari Sabtu ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top