Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Siapakah lawan Pahang?

[Piala AFC]Siapakah lawan Pahang?

Tanda tanya lawan Pahang di peringkat suku akhir Piala AFC akan diketahui pada hari ini apabila Majlis Undian Rasmi Suku Akhir Piala AFC akan dijadualkan dilangsungkan pada jam 3 petang ini di Hotel Grand Millennium Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu layak ke peringkat suku akhir setelah memperolehi kemenangan percuma ke atas kelab dari Indonesia, Persipura Jayapura. Kontroversi itu yang berlanjutan sehingga sebulan selesai pada minggu lepas setelah AFC memutuskan Pahang menang 3-0 setelah pasukan lawan  gagal menyediakan visa kepada 3 pemain import Pahang.

Selain Pahang, sebanyak 7 pasukan lain telah layak ke peringkat suku akhir iaitu Kitchee (Hong Kong), Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Al Jaish (Syria), Kuwait SC (Kuwait), South China (Hong Kong), FC Istiklol (Tajikistan) dan Qadsia SC (Kuwait).

Tiada perlindungan negara dalam undian kali ini yang menyaksikan kemungkinan ada kelab dari negara yang sama akan bertembung sesama sendiri. 3 negara mempunyai dua wakil dalam suku akhir kali ini iaitu Malaysia (Pahang dan JDT), Hong Kong (Kitchee dan South China) dan Kuwait (Kuwait SC dan Qadsia SC).

Perlawanan peringkt suku akhir akan diadakan secara timbal balik yang dijadualkan pada 25/26 Ogos 2015 dan juga 15/16 September 2015. Majlis Undian ini yang berlansung serentak dengan undian Liga Juara Asia boleh disaksikan secara langsung di sini. Live Streaming Undian

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top