Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Istiklol FC ujian Pahang di suku akhir

[Piala AFC]Istiklol FC ujian Pahang di suku akhir

Pasukan Pahang bakal menempuh jalan sukar apabila diundi menentang kelab dari dari negara Tajikistan, Istiklol FC di peringkat suku akhir Piala AFC. Majlis Undian Piala AFC yang dijalankan di sebentar tadi di Hotel Grand Millenium dikendalikan oleh Pemangku Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John.

Semua wakil pasukan yang bertanding hadir dalam pengundian tersebut yang turut menyaksikan satu lagi pasukan dari Malaysia, JDT akan menentang kelab dari Hong Kong, South China yang juga merupakan bekas kelab Ketua Jurulatihnya Mario Gomez.

Perlawanan pertama Pahang menentang Istiqlol akan diadakan pada 26 Ogos 2015 di Dushambee manakala perlawanan timbal balik di Kuantan bakal diadakan pada 16 September 2015. Istiqlol FC adalah kelab dari negara Tajikistan yang berpusat di Dushambee, Tajikistan dan merupakan Juara Liga Tajikistan pada musim 2014. Pemain dari kelab ini banyak mewakili pasukan kebangsaan negara berkenaan.

Dalam majlis itu juga, lokasi perlawanan akhir ditentukan dengan pemenang pada perlawanan separuh akhir ke-2 bakal menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala AFC 2015.

Berikut keputusan undian suku akhir :

Suku Akhir 1: Qadsia SC lwn Al Jaish
Suku Akhir 2: Johor Darul Ta’zim lwn South China
Suku Akhir 3: Kuwait SC lwn Kitchee
Suku Akhir 4: FC Istiklol lwn Pahang FA

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top