Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSSM]Tiada wakil Pahang ke suku akhir

[MSSM]Tiada wakil Pahang ke suku akhir

Tiada wakil Pahang yang berjaya ke peringkat suku akhir dalam acara Bolasepak Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang sedang berlangsung di Negeri Kedah yang sudah bermula 7 Jun lalu dan dijangka berakhir pada 12 Jun ini.

Kontinjen Pahang yang menghantar kesemua peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun gagal menyaingi pencapaian pada tahun lepas dimana pasukan B18 berada di tempat ke 3 manakala pasukan B15 layak sehingga ke suku akhir.


Berikut adalah keputusan penuh yang membabitkan kontinjen Pahang:

Bawah 12 tahun

Pahang B12 (9) vs Labuan B12 (0)

Perlis B12 (3) vs Pahang B12 (1)

Pahang B12 (0) vs Perak B12 (2)

*tempat ke-3 kumpulan mengumpul 3 mata

Bawah 15 tahun

Pahang B15 (1) vs N.Sembilan B15 (1)

Sarawak B15 (0) vs Pahang B15 (2)

P.Pinang B15 (1) vs Pahang B15 (0)

*tempat ke-3 kumpulan mengumpul 4 mata

Bawah 18 tahun

Pahang B18 (2) vs Sabah B18 (2)

K.Lumpur B18 (1) vs Pahang B18 (0)

Pahang B18 (0) vs P.Pinang B18 (3)

*tempat ke-4 kumpulan mengumpul 1 mata

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top