Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Pahang sah ke suku akhir Piala AFC

[Piala AFC]Pahang sah ke suku akhir Piala AFC

Setelah menunggu hampir sebulan, skuad Pahang akhirnya menerima berita gembira semalam apabila AFC telah mengesahkan Pahang dianugerahkan kemenangan percuma dan layak ke peringkat suku akhir Piala AFC.

WINDSORMenurut Pemangku Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John Paul semasa dalam temubual melalui telefon dengan Astro Arena berkata, Jawatankuasa Eksekutif AFC membuat keputusan untuk memberi kemenangan percuma kepada Pahang setelah meneliti segala keterangan yang diperolehi dari pihak yang berkaitan. Oleh itu, berdasarkan Peraturan Piala AFC dalam Artikel 41 yang menyebut tentang visa pasukan pelawat, AFC bersetuju memberikan Pahang kemenangan percuma dengan keputusan 3-0 ke atas Persipura Jayapura.

AFC Statement
Kenyataan Rasmi AFC berkenaan perlawanan Persipura Jayapura menentang Pahang.

fahrizalFahrizal Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC gembira dan menyambut baik dengan keputusan yang diputuskan oleh AFC. Bagi beliau, Pahang berhak mendapat kemenangan percuma setelah ‘dipaksa’ menunggu sehingga 10 jam tanpa bantuan dari pegawai PSSI. Keputusan ini dibuat setelah AFC menilai kronologi apa yang berlaku dan mengikut peraturan dari undang-undang AFC, Pahang patut diberikan kemenangan percuma.

“Ini adalah pengajaran yang berguna kepada pasukan Persipura Jayapura dan juga semua pasukan bertanding supaya mengambil serius tentang perkara sebegini supaya tidak berlaku pada masa akan datang’. ujarnya lagi.

Perlawanan antara Pahang dan Persipura Jayapura dari Indonesia yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei 2015 sebelum ini terpaksa dibatalkan gara-gara 3 orang pemain Pahang gagal diberikan visa oleh kerajaan Indonesia. Skuad Pahang akhirnya pulang kembali ke Malaysia pada keesokkan harinya yang menunggu sehingga 10 jam di lapangan terbang tanpa sebarang bantuan dari PSSI.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “[Piala AFC]Pahang sah ke suku akhir Piala AFC

Leave a Reply

Top