Anda di sini
Laman Utama > Berita > Skuad Presiden sahkan slot ke suku akhir

Skuad Presiden sahkan slot ke suku akhir

Skuad Piala Presiden Pahang berjaya mengesahkan mara ke suku akhir Piala Presiden apabila menewaskan satu lagi pasukan tangga teratas Terengganu dengan keputusan 2-1 di Stadium Mini UMP, Gambang pada Rabu lapor koresponden kami Shahrizal Sarif

Penyerang sensasi Pahang Mohd Faizal Mat Rani menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 setelah keputusan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri yang menyaksikan Azaruddin Aziz juga menggunakan khidmat dua orang pemain Liga Super iaitu Rizua Syafiqi dan Norazam Azih.

Sebelum itu, Pahang mendahului Terengganu 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama melalui jaringan pemain no 10 Baqiuddin pada minit ke-26. Jaringan terhasil apabila beliau mudah menewaskan penjaga gol Terengganu setelah mengelecek beberapa pemain pertahanan Terengganu sebelum itu.

Serangan bertali arus Terengganu sebaik sahaja separuh masa kedua bermula membuahkan hasil apabila jaringan penyamaan menjelma setelah Nik Aznil menolak mudah bola ke pintu gol Pahang setelah menewaskan penjaga gol Pahang pada minit ke 77

Jaringan kemenangan hadir akhirnya setelah Faizal melakukan rembatan ke pintu gol Terengganu untuk Pahang kembali mendahului dan kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Pahang kekal di tangga ke 4 berbaki 2 perlawanan lagi mengatasi TTeam di tangga ke-5 dengan berkelebihan 5 mata. Perlawanan pada hari Rabu depan adalah perlawanan terakhir dalam kumpulan bagi kesemua pasukan kecuali Pahang dan Perak yang perlu berentap sesama mereka di Ipoh.

Berdasarkan keduddukan sekarang, apa-apa keputusan dalam perlawanan terakhir dalam kumpulan A tidak akan mengubah kedudukan 4 pasukan teratas yang secara matematiknya sudah mengesahkan slot mereka di suku akhir. Pasukan tersebut ialah Sime Darby FC, Terengganu, Perak dan Pahang.

Keputusan lain:

Kumpulan A

TTeam U21 (1) Selangor U21 (0)

JDT U21 (3) ATM U21 (2)

Perak U21 (1) Perlis U21 (0)

Sime Darby U21 (3) Sarawak U21 (1)

Kumpulan B

Kelantan U21 (3) P.Pinang U21 (1)

N.Sembilan (4) Sabah U21 (1)

Kedah U21 (1) PDRM U21 (2)

Felda Utd U21 (2) Melaka U21 (0)

PKNS U21 (2) K.Lumpur (0)

Kredit foto : FB Piala Presiden Pahang

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top