Anda di sini
Laman Utama > Berita > PSSI digantung FIFA. Pahang ke suku akhir?

PSSI digantung FIFA. Pahang ke suku akhir?

pssi-logoFIFA petang tadi telah mengeluarkan kenyataan menggantung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berkuatkuasa serta merta setelah persatuan itu gagal menyelesaikan masalah mereka dengan kerajaan Indonesia sehingga semalam lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

“Pihak Jawatankuasa Eksekutif FIFA telah membuat keputusan untuk menggantung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI)  berkuatkuasa serta merta sehingga mereka memenuhi peraturan dalam akta 13 dan 17 Undang-undang FIFA. Keputusan ini berikutan tindakan penganbilalihan pihak kerajaan dalam PSSI. Walaubagaimanapun, pasukan kebangsaan mereka yang sedang bertanding dalam Sukan SEA 2015 di Singapura dibenarkan untuk terus bertanding”.

Sebelum ini pihak kerajaan Indonesia melalui Badan Olahraga Profesional Indonesia (BOPI) telah menggantung PSSI dari mengendalikan urusan bolasepak di Indonesia berikutan PSSI tidak mengendahkan larangan BOPI untuk menyingkirkan dua pasukan dari Liga Super Indonesia berikutan masalah dalam perlesenan pasukan.
Penggantungan ini menjadi perhatian rakyat Malaysia lebih-lebih lagi peminat Pahang apabila berlaku kontroversi pembatalan perlawanan Piala AFC antara Persipira Jayapura dan Pahang yang dijadualkan dilangsungkan di Papua pada 26 Mei lepas kerana Pahang telah pulang terus ke Malaysia setelah 3 orang Pemain import  mereka gagal mendapat visa dari pihak kerajaan Indonesia.

Pihak AFC yang masih belum membuat keputusan tentang status perlawanan tersebut mungkin kerana menanti keputusan dari FIFA sebelum mengeluarkan pengumuman rasmi. Berikutan dari perkembangan baru ini, Pahang di ramal bakal mendapat kemenangan percuma berikutan semua kelab yang bernaung di bawah PSSI tidak dibenarkan menyertai apa-apa pertandingan rasmi di bawah kendalian FIFA atau naungannya.

Namun, masih belum ada keputusan rasmi tentang status perlawanan tersebut dan dijangka akan diumumkan oleh AFC dalam masa terdekat ini. Jika keputusan FIFA dan AFC senada, Pahang akan mengiringi satu lagi pasukan Malaysia iaitu JDT ke suku akhir. Mengikut jadual AFC, Undian bagi peringkat suku akhir Piala AFC akan diadakan pada 18 Jun di AFC House di Bukit Jalil.

Berita lanjut menyusul.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top