Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang U21 perkukuh kedudukan.

Pahang U21 perkukuh kedudukan.

Skuad Piala Presiden mengekalkan kedudukan di tempat ke 4 liga apabila mencatat kemenangan bermakna menewaskan pendahulu kumpulan A Sime Darby 2-1 di Stadium Mini UMP petang semalam. Kemenangan ini dibantu dengan penampilan dua pemain dari skuad Liga Super iaitu Rizua Shafiqi dan juga Norazam Azih.

Memerlukan kemenangan sebagai jaminan untuk ke pusingan kalah mati, skuad kendalian Azaruddin Aziz bermula garang untuk mengasak Sime Darby bermula dari tiupan wisel pemulaan. Walaupun begitu, Sime Darby berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Rafiq Syah pada minit ke 11. Kedudukan kekal pada 0-1 hingga waktu rehat separuh masa.

Menyedari kemenangan sahaja yang boleh menjamin tempat ke separuh akhir, Pahang menggandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya mendapat gol penyamaan melalui rembatan Amirul Kasmuri setelah mengelecek seorang pemain pertahanan Sime Dary pada minit ke 49.

10 minit kemudian, Amirul lagi sekali meledak gol kedua Pahang dan peribadinya melalui tandukan hasil dari tendangan sudut yang diambil oleh Baqiuddin untuk Pahang mendahului Sime Darby 2-1 . Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan menyebabkan Sime Darby tewas buat kali pertama musim ini.

Dengan kemenangan ini, Pahang berada ditangga keempat kumpulan A dengan 2 mata dihadapan TTeam yang tewas kepada pasukan ‘abang’ Terengganu 0-5 di Kuala Terengganu. Tetapi, Pahang masih berbaki satu perlawanan berdepan Perak untuk peluang menjarakkan mata dengan TTeam dan pasukan di tangga keenam Selangor.

kredit foto : FB Piala Presiden Pahang official

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top