Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]7 slot sudah diisi, satu slot masih misteri.

[Piala AFC]7 slot sudah diisi, satu slot masih misteri.

7 pasukan sudah mengesahkan kemaraan masing-masing ke pusingan suku akhir Piala AFC 2015 setelah 7 perlawanan pusingan 16 terbaik berakhir semalam. Pasukan yang mara adalah termasuk wakil dari Malaysia iaitu JDT yang telah menewaskan kelab dari Myanmar Ayeyawady United di Larkin dengan keputusan 5-0 malam tadi.

Selain daripada JDT, pasukan lain yang mara ialah 2 dari Hong Kong (Kitchee FC, South China), 2 kelab dari Kuwait (Qadsia SC, Kuwait SC) serta masing-masing dari Syria (Al Jaish) dan Tajikistan (Istiklol FC).

4 pemain import Pahang di tahan sebelum 3 daripadanya diarahkan pulang.
4 pemain import Pahang di tahan sebelum 3 daripadanya diarahkan pulang.

Manakala, nasib bagi satu lagi pasukan yang bakal menyertai pasukan-pasukan ini masih belum diketahui. Pahang dari Malaysia dan kelab dari Indonesia, Persipura Jayapura dibatalkan perlawanan mereka Selasa lepas yang sepatutnya dilangsungkan di Stadium Mandala, Papua.

Ini berikutan pasukan Pahang yang tidak meneruskan perjalanan mereka ke Papua kerana 3 pemain import mereka ditahan dan diarahkan pulang berikutan gagal diberikan visa untuk masuk ke Indonesia. Disebabkan dengan masalah visa ini, pengurusan Pahang terpaksa mengambil keputusan pulang semula ke Malaysia setelah 10 jam terkandas di Lapangan Terbang Sukaerno Hatta di Jakarta.

IMG_8230Menurut status terkini dari twitter Pahang FA, mereka masih menanti keputusan dari AFC tentang status perlawanan tersebut. Difahamkan, pihak AFC hendak mengumpul segala maklumat dari kedua-dua belah pihak sebelum mengumumkan status perlawanan tersebut. Kelewatan pengumuman itu mungkin kerana AFC hendak menyelesaikan semua perlawanan pusingan 16 terbaik terlebih dahulu dan dijangka mengumumkan secara rasmi dalam minggu ini.

Pusingan suku akhir dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 25/26 Ogos bagi pusingan pertama dan 15/16 September bagi pusingan kedua. Satu sesi undian akan dijalankan pada bulan depan untuk menentukan lawan masing-masing di suku akhir nanti. Mengikut peraturan AFC, pasukan dari negara sama tidak akan diundi menentang antara satu sama lain.

Keputusan penuh pusingan 16 terbaik :

Al Wehdat (Jordan) 0 Al Qadsia (Kuwait) 1

Istiklol (Tajikistan) 1 Al Wahda (Syria) 1 *Istiklol menang penalti 4-2

Al Shorta (Iraq) 0 Al Kuwait (Kuwait) 2

Al Jaish (Syria) 1 Al Jazeera (Jordan) 0

South China (Hong Kong) 2 Bengaluru FC (India) 0

JDT (Malaysia) 5 Ayeyawady (Myanmar) 0

Persib Bandung (Indonesia) 0 Kitchee (Hong Kong) 2

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top