Anda di sini
Laman Utama > Infografik > [Undian]Peminat pilih menang percuma

[Undian]Peminat pilih menang percuma

Sementara menantikan status perlawanan Piala AFC antara Persipura Jayapura vs Pahang yang masih belum diketahui apa keputusannya, mari kita melihat keputusan hasil undian yang telah kami jalankan pada hari Isnin dan berakhir petang semalam.

Infografik Vote A-01

Majoriti peminat Pahang menginginkan kemenangan percuma diberikan kepada pasukan Pahang dengan 78% undian. Bagi mereka, kesilapan teknikal yang dilakukan sendiri oleh pasukan tuan rumah harus dihukum dengan keputusan sebegini. Ini akan menyebabkan setiap pasukan yang menjadi tuan rumah khasnya dan pasukan yang bertanding amnya akan sentiasa peka dengan peraturan-peraturan yang telah diberikan oleh pihak AFC. Selain itu, keputusan menang percuma akan membuktikan ketegasan AFC dalam menangani peraturan pertandingan.

Undian kedua terbanyak iaitu 16% undian adalah pilihan perlawanan semula diadakan tetapi dengan Pahang menjadi tuan rumah dan bermain di Stadium Darulmakmur. Hukuman ini dilihat satu hukuman ringan dan kebanyakkan peminat memilih pilihan ini kerana mahu memberi pasukan lawan peluang kedua dan sudah semestinya peminat Pahang mahu melihat bagaimana Persipura menghadapi aura Darulmakmur.

Terima kasih kerana mengundi!

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top