Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dua pemain Pahang dalam skuad DOKS

Dua pemain Pahang dalam skuad DOKS

Hanya dua pemain Pahang dipilih dalam skuad bawah 23 negara ke temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Singapura pada 30 Mei hingga 16 Jun 2015 nanti. Pengumuman itu di buat oleh Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee pada sidang media di The Saujana Hotel, Subang, malam Ahad.

Pemain terbabit adalah pemain sayap D Saarvindran dan juga bek kanan Matthew Davies. Ini bukanlah Sukan SEA yang pertama bagi D Saarvindran kerana pernah mengganggotai skuad kendalian Datuk Ong semasa Myanmar menjadi tuan rumah yang mana Malaysia mendapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Bagi Matthew Davies, ini adalah penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA dan juga sebagai pemain negara setelah berhijrah dari negara kelahirannya Australia. Matthew berdarah campuran Australia-Malaysia yang mana ibunya dari Sabah.

Skuad ini akan bertolak ke Singapura pada hari Rabu untuk menghadapi perlawanan pertama mereka dalam kumpulan B menentang Timur Leste pada 30 Mei ini di Stadium Bishan. Pasukan lain dalam kumpulan B ialah Thailand, Vietnam, Laos dan Brunei. Manakala tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Filipina menganggotai kumpulan A.

Berikut senarai penuh Skuad Bolasepak Sukan SEA 2015

Penjaga Gol

1. [1]Farhan Abu Bakar (HMB]

2. [22]Firdaus Muhamad (Kedah)

Pertahanan

3. [3]Shahrul Saad (Felda United)

4. [5]Syazwan Tajudin (Kedah)

5. [17]Fandi Othman (JDTII) – Katua Pasukan

6. [21]Nazirul Naim Che Hashim (HMB)

7. [24]Ariff Farhan Md Isa (HMB)

8. [25]Adam Nor Azlin (HMB)

9. [26]Amer Saidin (JDTI)

10. [29]Matthew Davies (Pahang)

Tengah

11. [6]D Saarvindran (Pahang)

12. [7]Nazmi Faiz Mansor (Selangor)

13. [8]Saiful Ridzwan Selamat (Selangor)

14. [12]Gary Steven Robbat (JDTI)

15. [16]Nurridzuan Abu Hassan (Perak)

16. [18]Syahrul Azwari Ibrahim (HMB)

17. [19]Faizal Ghazli (HMB)

18. [28]Amirul Hisyam Awang Kechik (HMB)

Penyerang

19. [9]Syafiq Ahmad (Kedah)

20. [20]S Kumaahran (HMB)

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top