Anda di sini
Laman Utama > Artikel > [Piala AFC]Isu visa : Salah siapa? – Bahagian II

[Piala AFC]Isu visa : Salah siapa? – Bahagian II

Dalam bahagian satu pagi tadi kami menyingkap kembali apa yang terjadi pada hari Sabtu lepas dimana pasukan Pahang mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah permohonan visa mereka untuk pemain import gagal dipenuhi. Dalam bahagian ini kami akan merumuskan kembali adakah perkara ini adalah kesilapan dari pihak Pahang sendiri dan juga penjelasan dari PSSI yang kami ambil dari laman-laman web berkaitan.

Adakah PBNP buat kerja mereka?

Dalam undang-undang pertandingan Piala AFC yang dikeluarkan oleh AFC sendiri, pasukan tuan rumah bertanggungjawab untuk membantu menyediakan visa kepada pasukan pelawat jika diperlukan. Tetapi pasukan pelawat perlulah menghantar dokumen yang berkaitan sebulan sebelum perlawanan itu diadakan.

IMG_8059
Twitter dari Fahrizal mengesahkan permohonan visa telah dibuat

Adakah Pahang berbuat demikian? Menurut Fahrizal Hassan CEO Pahangfc dalam twitter, Pahang telah memohon pengeluaran visa untuk pemain import mereka di kedutaan Indonesia pada 18hb Mei 2015 dan pihak PSSI berjanji untuk membantu mendapatkan visa tersebut nanti.

Adakah kurang dari sebulan seperti diwartakan dalam syarat? Jawapannya ya, tetapi perlu diingat perlawanan terakhir Piala AFC peringkat kumpulan adalah pada hari Rabu 13 Mei 2015 dan pasukan hanya pulang pada keesokkan harinya kemudian pasukan terus ke Kota Bharu pada untuk menghadapi Piala FA menentang Kelantan. Tarikh 18 Mei itu adalah hari paling cepat selepas dikira cuti hujung minggu selepas itu.

 Penjelasan PSSI dan Persipura

IMG_8045
Surat sokongan dari BOPI

 

Setelah menerima permohonan daripada Pahang FA, pihak tuan rumah iaitu Persipura dan PSSI telah melakukan permohonan visa kepada pihak Imigresen Indonesia beberapa hari  sebelum perlawanan. Namun begitu , permohonan mereka ditolak oleh pihak Imigeresen yang mahukan satu surat sokongan dari BOPI dilampirkan bersama kerana penggantungan PSSI oleh BOPI masih berlaku.

Akur dengan arahan Imigresen, Persipuran dan PSSI memohon satu surat sokongan dari BOPI untuk dilampirkan bersama permohonan dari imigresen tetapi malangnya surat tersebut dihantar tanpa tandatangan dan cop. Surat tersebut dihantar kembali dan setelah kesemuanya lengkap pejabat imigresen sudah ditutup pada hari tersebut dan hanya akan dibuka kembali pada hari Isnin 27 Mei 2015.

Bagaimana pula pasukan lawan Persib Bandung yang juga menghadapi Piala AFC pada hari Rabu ini tidak mempunyai masalah seumpama ini? Menurut laman web persipuramania.com permohonan hampir serentak dilakukan oleh kedua-dua pasukan tetapi apabila email itu dibalas kembali, hanya pasukan Persib Bandung sahaja mendapat surat yang lengkap ditandatangani sedangkan sebaliknya bagi pasukan Persipura Jayapura. Ini menyebabkan pihak Persipura menghantar kembali surat tersebut kepada GOPI dan itu mengambil masa.

Kesan kepada perlawanan

Kembalinya Pahang ke Malaysia menyebabkan perlawanan ini sah dibatalkan. Agak mustahil untuk terbang kembali menghadapi perjalanan jauh yang akan membuang masa dan tenaga. Aduan sudah dibuat kepada pihak AFC dan diharapkan satu keputusan yang adil dapat diberikan kepada kedua-dua pasukan.

Pada pengamatan kami kejadian ini dijangka akan memberi beberapa keputusan antaranya:

  1. Perlawanan ditangguhkan dan kekal bermain di Stadium Mandala.
  2. Perlawanan ditangguhkan dan diadakan di Stadium berkecuali
  3. Perlawanan ditangguhkan dan diadakan di Stadium Darulmakmur
  4. Kemenangan percuma kepada Pahang kerana pasukan tuan rumah gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Semangat satu pasukan

Bagi kami di TGC, keputusan yang dilakukan oleh Pahang FA adalah satu tidakan yang tepat dan bermaruah. Sebagai pasukan tuan rumah, mereka mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan segala kemudahan teknikal yang diperlukan oleh pasukan pelawat.

3 pemain import yang terkandas adalah pemain utama dan amatlah diperlukan oleh pasukan. Kita perlu ingat, dalam pusingan kedua ini hanya satu perlawanan diadakan untuk menentukan samaada kita mampu meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya atau tidak.

Jadi, satu barisan yang kuat perlulah diturunkan supaya perjuangan dilakukan itu adalah perjuangan yang bermaruah dan berdaya saing. Lainlah jika perlawanan ini dijalankan secara timbal balik mungkin kita dapat membuat sesuatu di tempat sendiri nanti.

Akhir kata enjoy clip video yang diambil dari Instagram Nasril sebagai pengubat hati.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top