Anda di sini
Laman Utama > Artikel > [Piala AFC]Isu visa : Salah siapa? – Bahagian I

[Piala AFC]Isu visa : Salah siapa? – Bahagian I

Semalam, 24 Mei 2015 gempar seketika dikalangan penyokong Pahang apabila dikejutkan dengan berita kegagalan tonggak import yang gagal mendapat visa ketika tiba di Lapangan Terbang Sukaerno Hatta di Jakarta lewat malam Sabtu. Berikutan dengan kegagalan ini, pengurusan pasukan mengambil keputusan untuk tidak terus mengambil penerbangan ke Papua sebaliknya pulang semula ke Malaysia menyebabkan perlawanan pusingan kedua Piala AFC  antara Pahang menentang kelab Indonesia Persipura Jayapura menjadi tanda tanya. Dalam artikel yang dipecahkan kepada dua bahagian ini, kami cuba menyingkap apa yang berlaku supaya anda faham dan mengerti kronologi kejadian yang jarang-jarang berlaku ini.

pssi-logoPenggantungan PSSI

Sebelum pergi lebih jauh, izinkan kami bercerita mengenai kemelut dalaman Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dengan pihak kerajaan Indonesia sehingga mengundang ancaman penggantungan oleh badan bolasepak dunia FIFA. Sememangnya isu ini mempengaruhi kejadian sabtu lepas sehingga menjejas kelab-kelab di bawah naungan PSSI.
BOPI
Badan Olahraga dan Profesional Indonesia

PSSI telah digantung pada 18 April 2015 oleh Kementerian Belia dan Olahraga Indonesia (KEMENPORA) kerana telah mengingkari dan mengabaikan tiga surat amaran yang dihantar oleh kementerian tersebut kepada mereka. Surat-surat itu dihantar kerana keputusan PSSI menghentikan Liga Super Indonesia semasa liga tersebut sedang berlangsung. PSSI mengambil keputusan menghentikan Liga kerana pada ketika ini dua kelab iaitu Arema FC Cronus dan Persebaya Surabaya dilarang bermain dalam liga oleh satu organisasi di bawah KEMEPORA yang dikenali sebagai Badan Olahraga Profesional Indonesia (BOPI). Fungsi BOPI di Indonesia adalah hampir setara dengan peranan Suruhanjaya Sukan Malaysia jika di Malaysia.

Rentetan 3 pucuk surat amaran tidak endahkan, BOPI telah menggantung PSSI dalam segi pentadbiran dan tidak mengiktiraf apa-apa aktiviti sukan yang dijalankan oleh PSSI. Ini termasuk Liga Super Indonesia yang ketika ini sudah dilangsungkan 2 perlawanan awal dihentikan dan hanya kelab-kelab Indonesia yang terlibat dengan pertandingan di AFC iaitu Persib Bandung dan juga Persipura Jayapura sahaja yang mempunyai perlawanan rasmi.

Campur tangan dari kerajaan ini menyebabkan FIFA mengancam untuk menggantung sementara PSSI didalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh mereka termasuk kejohanan yang dianjurkan oleh AFC. Kesannya, semua kelab yang bernaung dibawah PSSI juga tidak dibenarkan bermain. Namun, sehingga kini PSSI belum diputuskan digantung oleh FIFA dan ini menyebabkan Persib Bandung dan Persipura Jayapura masih boleh bertanding dalam Piala AFC.

 Permohonan visa di Malaysia ditolak

4 pemain import Pahang di tahan sebelum 3 daripadanya diarahkan pulang.
4 pemain import Pahang di tahan sebelum 3 daripadanya diarahkan pulang.

Pasukan TokGajah bertolak ke Papua daerah dimana terletaknya Stadium Mandala venue rasmi Peripura Jayapura pada hari Sabtu, 23 Mei 2015. Sebelum terus ke Papua, pasukan perlu transit di Jakarta kerana tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Papua. Penerbangan mereka bertolak pada jam 7.00 petang dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Suhaerto Hatta, Jakarta lebih kurang jam 10.00 malam.

Setiba pasukan di Jakarta, 3 orang pemain import Pahang iaitu Dickson, Stewart dan juga Zesh ditahan dan diminta pulang ke Malaysia kerana kerajaan Indonesia enggan mengeluarkan visa kepada mereka. Bagi pemain-pemain lain tiada masalah kerana rakyat Malaysia dan Argentina tidak perlu visa untuk berada di negara tersebut dan memadai menggunakan visa ketibaan.

Post dari Instagram Razman mengatakan mereka hendak kembali ke Malaysia
Post dari Instagram Razman mengatakan mereka hendak kembali ke Malaysia

Walau rundingan di buat namun tiada wakil PSSI yang cuba membantu dikala pihak berkuasa Indonesia masih berkeras untuk tidak membenarkan 3 pemain ini masuk ke Indonesia. Jadi, setelah perbincangan dibuat antara pegawai AFC yang ada di situ, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia memandangkan 3 pemain yang terkandas adalah pemain utama dan sangat diperlukan oleh pasukan.

Setelah hanya tidur di lapangan terbang dalam keadaan tidak selesa pasukan terbang kembali ke Kuala Lumpur dengan mengambil penerbangan jam 8.00 pagi pada hari Ahad iaitu keesokkan harinya dan tiba di KLIA lebih kurang jam 12 tengahhari seterusnya terus pulang ke Kuantan.

Dalam bahagian kedua kami akan menulis apa penjelasan dari pihak Indonesia sendiri dan apa kesan dari kejadian ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top