Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala AFC]PSSI gagal sediakan visa, Pahang pulang ke Kuantan

[Piala AFC]PSSI gagal sediakan visa, Pahang pulang ke Kuantan

Pasukan Pahang yang dalam perjalanan ke Papua untuk menghadapi pusingan kalah mati Piala AFC menentang Persipura Jayapura di Irian selasa ini di khabarkan  mengambil keputusan untuk pulang ke tanahair apabila Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal menyediakan visa bagi pemain-pemain import Pahang.

Skuad Tokgajah yang sudah tiba di Jakarta lewat malam tadi mengambil keputusan itu setelah mengadakan perbincangan bersama antara pihak pengurusan PBNP dan AFC yang berada di sana semalam. Menurut undang-undang Piala AFC, penyediaan Visa adalah tanggungjawab kepada pihak tuan rumah setelah segala permohonan dilakukan oleh pihak pelawat. Selain pemain, adalah tanggungjawab pihak lawan juga untuk mendapatkan visa bagi pegawai pertandingan termasuk media mahupun penyokong pelawat.

“4.1 Visa

4.1.1 Kelab yang telah mengambil bahagian, di mana berkenaan, hendaklah memohon semua visa yang perlu bagi
Pasukan, Delegasi rasmi untuk menghadiri diri perlawanan tidak lewat daripada satu (1) bulan untuk setiap perlawanan. Kos permohonan visa hendaklah ditanggung oleh kelab yang bertanding.

41.1.1. Sebarang kelab yang gagal untuk tidak dapat memenuhi tetapan menurut Artikel 41.1 boleh dianggap menarik diri seperti mengikut Perkara 7.

4.1.2 Kelab tuan rumah dan Ahli Persatuan AFC mereka perlu menjamin dan memastikan bahawa visa diberikan kepada Perwakilan AFC, delegasi rasmi pasukan lawan, rakan komersial, pemegang lesen, penyiar, media, dan penyokong yang membuat perjalanan, tanpa sebarang diskriminasi atas dasar jantina, bangsa, atau kewarganegaraan.

4.1.2.1. Sekiranya didapati bahawa Perkara 41.2 telah dilanggar syaratnya dan kelab pelawat telah mematuhi Perkara 41.1, kelab tuan rumah akan bertanggungjawab terhadap kehilangan apa-apa perlawanan yang terjejas mengikut Kod Tatatertib AFC.

Umum mengetahui pergolakan yang berlaku dalam PSSI sekarang apabila Persatuan ini bakal dikenakan penggantungan dalam FIFA akibat campur tangan dari pihak kerajaan Indonesia. Undang-undang FIFA menyatakan semua persatuan gabungan mereka hendaklah bebas dari kawalan pihak ketiga.

Mengikut Kod Tatatertib AFC, Pahang boleh diberikan kemenangan percuma jika PSSI didapati bersalah. 

Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah yang pertama berlaku apabila pihak Yadanarbon pernah mendakwa pemain import mereka dihantar pulang kerana gagal diberikan visa semasa menentang Global FC tempoh hari. Dalam perlawanan itu Global FC menang dengan keputusan 4-1.

Berita lanjut menyusul.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “[Piala AFC]PSSI gagal sediakan visa, Pahang pulang ke Kuantan

Leave a Reply

Top