Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala Presiden]Hajat Pahang disekat TTeam

[Piala Presiden]Hajat Pahang disekat TTeam

Hajat anak buah Azaruddin Aziz untuk mencipta kemenangan keempat berturut-turut lebur apabila tewas 0-1 pada TTeam dalam perlawanan kumpulan A Piala Presiden di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang semalam.

Walaupun diperkuatkan dengan pemain Liga Super Mohd Rizua Shafiqi, pasukan anak muda Pahang itu gagal untuk mencipta kemenangan apabila akur dengan kekalahan ke 5 mereka sepanjang kejohanan hasil jaringan tunggal Mohamad Zulhanizam pada minit ke72.

Kekalahan ini mengekalkan Pahang di tempat ke 4 mengatasi Selangor dengan 4 mata. Walaubagaimanapun Pahang masih lagi mempunyai satu perlawanan menentang Perak yang ditangguhkan kerana menghormati upacara pertabalan Sultan Perak minggu lepas.

Jika kedudukan ini kekal hingga, Pahang bakal menyertai 3 lagi pasukan teratas dalam kumpulan A untuk layak ke pusingan kalah mati. Format Piala Presiden menyaksikan 4 pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke suku akhir yang akan dimainkan secara timbal balik. Untuk rekod, Pahang merupakan Naib Juara Piala Presiden 2014 apabila tewas dengan Perak 2-3 dalam perlawanan yang dijalankan di Stadium Darulmakmur.

Lihat Kedudukan Piala Presiden 2015

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top