Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > [LFK]Pahang bakal cipta sejarah?

[LFK]Pahang bakal cipta sejarah?

Sejak LFK diperkenal pada tahun 2004, skuad futsal Pahang tidak pernah terlepas beraksi secara automatik dalam 9 musim serta 3 kali meraih tempat ketiga. Kegemilangan Pahang dalam sukan futsal tidak asing lagi, apabila beberapa pemain kelahirannya pernah menyertai skuad kebangsaan seperti bekas penjaring terbanyak LFK2013/2014 Khairul Izuan dan pemain terbaik Pahang LFK2015 Akmaarulnizam Idris. Pahang juga dilihat lubuk melahirkan bintang apabila beberapa kelab dan negeri kerap ‘memancing’ pemain mereka, paling ketara hampir semua pemain Pahang LFK2013-2014 kini beraksi untuk Melaka United. Keadaan ini memaksa Coach Yazeed mengerah kudrat pemain ‘liga futsal haram’ yang masih cetek pengalaman di peringkat kebangsaan untuk beraksi di LFK2015.

FB_IMG_1432048638014
Kedudukan terkini LFK2015 (Kredit foto : Futsal Perak)

Kini semua pencapaian cemerlang Pahang bakal tercalar pada minggu akhir musim ini kerana kini mereka berdepan penyingkiran tidak beraksi di Grand Final dan bakal beraksi buat pertama kalinya dalam Pusingan Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan musim hadapan. Pesaing terdekat mereka, Selangor hanya perlukan 1 kemenangan dari 2 perlawanan menentang Perak dan KL Petaling Putra pada minggu ke-11 untuk menempah tiket Grand Final dan automatik ke LFK2016 sebagai penghuni tangga ke-8. Pahang yang berada di tangga ke-9, dibezakan 5 mata dengan Selangor berdepan misi sukar mengutip 6 mata berhadapan Naib Johan LFK2014, Selangor MPSJ dan tuan rumah, Sabah di Juara Sport Putatan, Sabah.

Masalah tunggakan gaji dan kebajikan pemain skuad futsal Pahang ternyata penghalang mencipta kejayaan musim ini selain ketandusan pengalaman di peringkat kebangsaan. Jika persiapan musim hadapan juga seperti tahun ini, sukar bagi Pahang untuk memancing atau mengekalkan pemain bintang mereka. Seharusnya episod duka musim ini harus dijadikan pengajaran buat pasukan Pahang untuk bangkit musim hadapan. Hanya keajaiban sahaja yang dapat melonjakkan Pahang ke tangga ke-8 LFK2015 bagi menempah slot ke grand final dan automatik LFK2016.

Keputusan Minggu 10 LFK2015

1. Pahang 3-3 Kuala Lumpur MK
2. Pahang 2-5 Perak

Jadual Minggu 11 LFK2015

1. Jumaat (22 Mei) | Pahang vs Selangor MPSJ | 3.30 petang
2. Sabtu (23 Mei) | Sabah vs Pahang | 7.00 malam
Kesemua perlawanan berlangsung di Juara Sport Putatan, Sabah

*tertakluk kepada pindaan FAM

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top