Anda di sini
Laman Utama > Berita > PFAM wujudkan anugerah pemain terbaik bulanan

PFAM wujudkan anugerah pemain terbaik bulanan

Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai mengiktiraf pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia daripada PFAM sendiri.

Bermula pada bulan Mei, pihak Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut akan menyenarai pendekkan 5 calon yang layak pada 15-21 haribulan setiap bulan untuk menerima anugerah tersebut tidak kira dari Liga Super, Liga Perdana mahupun Piala FA. Calon-calon tersebut yang merangkumi pemain import atau tempatan akan dipilih peminat melalui undian yang boleh dilakukan di laman web PFAM sendiri. Pemenang bakal menerima RM500, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain tersebut.

Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my terdiri daripada pengamal-pengamal media sukan yang berpengalaman. Antara perkara yang dinilai oleh Jawatankuasa Pencalonan adalah prestasi pemain sepanjang bulan, jumlah jaringan, dan bantuan gol. Pemain-pemain dari pasukan Harimau Muda tidak layak untuk dicalonkan kerana mereka tidak bermain dalam Liga Malaysia.

Undian boleh dilakukan di www.pfam.my dan dibuka kepada kesemua peminat bolasepak seluruh negara. Undian akan dibuka selama seminggu dan untuk bulan Mei ini, undian dibuka dari 18 Mei sehingga 31 Mei jam 12 tengah malam.

Untuk bulan Mei ini, penyerang Pahang Dickson Nwakaeme telah terpilih sebagai salah satu calon pemain terbaik bulan Mei. Diharap semua peminat Pahang dapat mengundi beliau. Undian bolah dilakukan disini.

Mei2Dickson

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top