Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Kembalinya Sang Jalur Hitam-Putih

Kembalinya Sang Jalur Hitam-Putih

Umum mengetahui, sejak Liga Super pada tahun 2004 diperkenalkan jersi away Pahang telah digazetkan berwarna PUTIH-HITAM. Namun, rekabentuk jersi away pada ketika itu serupa dengan jersi home yang berwarna KUNING-BIRU cuma ditukar warna kepada PUTIH-HITAM.

Mikasa2000Kali terakhir Pahang mengenakan jalur HITAM PUTIH adalah pada tahun 2000, dengan jenama MIKASA. Selepas 13 tahun, jenama dari Australia, Stobi mengembalikan semula nostalgia jalur lagenda ini. Ini kemudian diikuti oleh penaja jersi selepas itu Puma.

Walaupun pada tahun pertama penajaannya rekabentuknnya tidak berjalur, Puma akhirnya mengeluarkan satu jersi edisi khas jersi away yang berjalur khas untuk saingan Piala Malaysia 2014.

Pada tahun ini juga, Puma telah menghasilkan rekabentuk jalur HITAM-PUTIH walaupun sehingga kini hanya digunakan dalam dua perlawanan sahaja. Berikut adalah pendapat kami yang memiliki ketiga-tiga jersi berjalur 2013-2015 edisi pemain :

away14Rank 1 : Away Puma Limited Edition Piala Malaysia 2014 (9/10)
1. Kualiti kain dan design setaraf jersi antara benua. Tapi sayang saiz jersi tidak mesra penyokong bersaiz XXL++.
2. Logo PBNP getah setaraf jersi player issue national team di World Cup.
3. Kualiti murahan patch Piala Malaysia kiri dan kanan serta kualiti teruk patch LKPP mengeruhkan sedikit jersi ini.
4. Font numbering berbeza dari MSL, namun kualiti masih baik.

away13Rank 2 : Away Stobi 2013 (7/10)
1. Kembali berjalur setelah menyepi 13 tahun. Kualiti kain baik dan sedikit berkilat.Sudah lama mengimpikan kualiti kain sebegini selepas suram bersama Hummel, Uhlsport dan Lotto.
2. Emblem PBNP disulam kemas namun tulisan jawi hitam spoil sket.
3. Kualiti patch MSL terbaik sepanjang zaman.
4. Font numbering PERFECT.

Pelancaran Jersi Pahang 2015Rank 3 : Away Puma 2015 (5/10)
1. Kualiti patch DRB, logo PBNP, logo Puma dan kualiti kain jersi standard pasar malam. Tiada faktor WOW. Tapi harga RM100++ ketika mula dilancar. Seriously?
2. Hanya kualiti font numbering sahaja boleh dipuji kerana kualitinya tetapi nombor di hadapan agak tidak kena warnanya kerana tidak berapa menyerlah jika dilihat dari jauh.

Mengembalikan jalur HITAM PUTIH sebagai identiti PAHANG dilihat cukup tepat dan sinonim dengan slogan ‘Hitam Putih Takkan Padam’. Namun, bagi para penyokong dan pengumpul jersi mengharapkan pengilang, PBNP dan juga pengusaha jualan jersi mementingkan juga faktor kualiti yang dilihat semakin merosot, tetapi dijual dengan harga yang tidak setimpal. Jadi, jangan disalahkan penyokong lebih memilih untuk memiliki jersi ‘CIPLAK’ daripada yang ‘ORI’ kerana antara duanya pembuatannya sudah setaraf dan malahan ada yang lebih baik kualitinya. Selain daripada itu, jersi yang ‘CIPLAK’ ini lebih mudah didapati dan mesra pengguna.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top