Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]The Seagull rehatkan Aminuddin

[MPL]The Seagull rehatkan Aminuddin

Kuantan FA menjadi pasukan terbaru dalam Liga Malaysia merehatkan Ketua Jurulatih mereka selepas ATM, JDT II dan JDT I melakukannya pada bulan lepas. Menurut status terbaru Kuantan FA di laman Facebook mereka semalam  Aminuddin Hussin direhatkan dari melakukan tugas Jurulatih berkuatkuasa 15 Mei 2015.

Pernah melatih pasukan Harimau Muda C, Aminuddin yang mula dilantik memegang jawatan itu beberapa minggu sebelum sepak mula Liga Perdana setelah Ketua Jurulatih sebelumnya Ridzuan Abu Shah memilih untuk menyertai PKNS FC.

Semasa mengemudi Kuantan FA, Aminuddin membawa pasukan di kedudukan kedua tercorot dengan 2 kemenangan, 2 seri dan 6 kekalahan. Dalam perlawanan terakhir Liga Perdana, Kuantan FA tewas kepada TTeam 0-5 di Kuala Terengganu.

Jawatan Ketua Jurulatih sekarang dipangku oleh Penolong Jurulatih Syukri Ismail sehinggalah lantikan baru dibuat.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top