Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti TGC > Peminat berkumpul meriahkan MV anjuran TGC Lembah Klang

Peminat berkumpul meriahkan MV anjuran TGC Lembah Klang

Lebih 50 orang peminat  berkumpul di Restoran Tam Nasi Ayam di Seksyen 24 Shah Alam bagi memberikan sokongan kepada pasukan Pahang pada malam sabtu lepas.

Sesi matchview anjuran TokGajah.com Lembah Klang (TGC LK) itu diadakan sempena perlawanan Separuh Akhir Piala FA  dimana Pahang gagal layak ke perlawanan akhir setelah tewas 2-3 dari segi argregat kepada Kelantan.

Menurut wakil penganjur, Syairul Amzal bin Amari aktiviti ini adalah satu aktiviti rutin yang TGC LK jalankan jika Pahang mempunyai perlawanan secara langsung di kaca televisyen.

“Aktiviti ini disasarkan untuk mengumpulkan semua peminat di Lembah Klang yang tidak dapat pergi ke stadium untuk sama-sama memberi sokongan kepada pasukan Pahang. Dengan cara ini, kita juga dapat menambah kenalan baru selain bertukar-tukar pendapat tentang pasukan Pahang”.

Untuk rekod, sesi matchview ini adalah sesi yang ke 15 pada tahun ini memandangkan pasukan TokGajah sering mendapat liputan secara langsung dalam Liga Super, Piala FA dan Piala AFC.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top