Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Pantun Piala FA 2015

Pantun Piala FA 2015

Sedap sungguh Keladi Kemahang,

Jual dipasar sangatlah laku;

Bila Kelantan bertemu Pahang,

Perlawanan sengit pasti berlaku.


Pemain muda selalu gugup,

Bila di padang kena berjaga;

Bekal satu gol memang tak cukup,

Nok buat goner,itu modal yang ada.


Main bolo kekadang pedooh,

Jerit ke pengadil kemain garang;

Kena siku jatuh reboh,

Pahang bermain sepuluh orang.


Sungai Pahang ngilir ke Pekan,

Ambikkan jagung nok buat bertih;

Bukan mudoh menahan asokan,

Bila pemain seme dah letih.

 

Jaringan Gopi buka semangat,

Harapan ke final macam dah ceroh;

Mase tambahan dah kena sengat,

Abih harapan hancor punoh.


Singgoh sekejap di Kg Pesagi,

Ke Stadium Darul Makmur nok berhogoh;

Game AFC, Liga Super & Piala Malaysia ada lagi,

Terus menyokong pasukan Tok Gajoh.


– MaranDona

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top