Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Selepas 90 Minit.

Selepas 90 Minit.

Kesebelasan utama semasa menentang Kelantan semalam.
Kesebelasan utama semasa menentang Kelantan semalam.

Pahang gagal mara ke pentas akhir Piala FA 2015 apabila ditundukkan oleh jaringan lewat permainan oleh supersub mereka, Iwuji Amutu tatkala permainan hanya berbaki 2 minit di masa kecederaan. Inilah bola sepak, kadang-kadang ia teman yang menggembirakan dan kadang-kadang seakan-akan kejam buat peminatnya. Realitinya, keputusan semalam harus di terima dengan hati terbuka sekurangnya-kurangnya ia dapat mengajar apa itu erti kematangan dan keterbukaan buat kita sebagai peminat nombor satu sukan ini sejak kecil lagi.

Selepas 90 minit, pesanan ringkas atau mesej berbentuk komen mengenai perlawanan ini seakan-akan ‘berebut’ masuk ke dalam laman sosial bagi menyatakan pendapat masing-masing dan tidak juga terlepas baris-baris ayat kritikan mengenai corak permainan semalam. ” Kenapa bukan begini, mengapa bukan begitu, kalau lah ini, kalau lah itu”, demikian baris-baris persoalan yang timbul dalam kalangan peminat sehinggalah waktu artikel ini ditulis bagi menggariskan post-mortem perlawanan semalam. Fenomena ini seakan lazim dan timbul dalam apa jua bentuk perlawanan dan disifatkan sebagai positif, setidak-tidaknya mereka mengikuti dan terus menghayati perkembangan bola sepak di negeri Pahang ini.

Sudah tertulis, rezeki kita hanya setakat ini. Bagi penulis, prestasi yang dipamerkan ketika ini sememangnya harus di berikan pujian. Berada pada persada liga selepas 10 perlawanan, menjadi antara 4 pasukan terbaik dalam kancah Piala FA dan mencipta rekod layak ke pusingan 16 terbaik saingan Piala AFC sudah cukup menceritakan pencapaian baik tatkala berhadapan fasa kritikal dan dilemma pemilihan pemain yang perlu dihadapi oleh kem kejurulatihan bagi membawa Pahang ke satu aras yang lebih baik. Pemain sudah mempamerkan kesungguhan dalam membawa pasukan dalam landasan yang betul ketika ini dan ini dibuktikan dengan momentum 6 kemenangan yang dicapai tatkala berada dalam kedudukan kritikal mengharungi jadual perlawanan yang padat.

pahang final
Gambar: Pahangfa.com

Buat penyokong setia Tok Gajah, kehadiran dan sokongan moral anda ketika ini amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan perjuangan para pemain terutamanya pada aksi 26 Mei ini bagi saingan pusingan kedua Piala AFC. Kekecewaan tahun 2013 dalam saingan separuh akhir Piala FA tempoh hari digantikan dengan Piala Malaysia dalam tahun yang sama dan kemenangan Piala FA pada tahun 2014. Para pemain dan penyokong haruslah terus berfirkiran positif agar kehilangan 2 piala tahun ini akan digantikan dan ditebus dengan piala yang lain. Syaratnya, teruskan momentum dan tidak sesekali berputus asa.

Buat para peminat, anda berhak untuk berada dalam keadaan yang kecewa ketika ini kerana kejayaan dan kemenangan pada masa akan datang akan lebih dinikmati berbanding meraikannya dalam suasana yang kosong. Setidak-tidaknya, ia mewarnai perjalanan anda selaku peminat setia sukan ini.

Tahniah dan syabas buat para pemain dan barisan pengurusan bola sepak Pahang serta penyokong setianya! Masih ada sinar buat kita!

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top