Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala FA]Pahang kempunan ke Bukit Jalil

[Piala FA]Pahang kempunan ke Bukit Jalil

Impian Pahang untuk mempertahankan Piala FA yang dimenangi pada tahun lepas terkubur apabila tewas di tangan Kelantan 1-3 di Kota Bharu malam tadi. Pemain import dari Nigeria, Iwuji Amachii menjadi wira kepada The Red Warriors apabila menjaringkan dua gol pada termasuk satu gol pada minit-minit akhir walaupun masuk sebagai pemain gantian.

Kesebelasan utama semasa menentang Kelantan semalam.
Kesebelasan utama semasa menentang Kelantan semalam.

Bermula tanpa pemain tengah Hafiz Kamal yang digantung perlawanan, Pahang mengekalkan barisan yang sama dalam perlawanan pusingan pertama dengan pemain muda Norazam Azih menggantikan Hafiz untuk bergandingan dengan Zesh Rehman di bahagian tengan Pahang.

Kelantan mengejutkan Pahang apabila menjaringkan gol pertama perlawanan melalui Wan Zaharulnizam pada minit 17 apabila mendapat hantaran lintang dari pemain sayap Wan Zack Haikal. Gol tersebut memadam kelebihan satu gol Pahang yang menang di Darulmakmur 1-0 sabtu lepas.

TokGajah kemudiannya terpaksa beraksi dengan 10 orang apabila pengadil perlawanan Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Azammuddin Akil yang dipersalahkan kerana menyiku Wan Zack. Kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0 berpihak pada tuan rumah.

Gopi merayakan jaringan gol penyamaan
Gopi merayakan jaringan gol penyamaan

Bermula separuh masa kedua,Pahang menggandakan asakan terutama melalui penyerang import dari Nigeria Dickson Nwakaeme.  Hasilnya, R Gopinathan berjaya menjaringkan gol penyamaan perlawanan apabila mudah menewaskan Khairul Fahmi setelah mendapat umpanan dari Nwakaeme.

Melihat penyerangnya buntu mencari gol yang diperlukan, Ketua Jurulatih Kelantan Azraai Khor menukar taktikal memasukkan Iwuji menggantikan Ketua Pasukan Kelantan, Badri Radzi. Hasilnya, Iwuji berjaya mendapatkan gol yang diperlukan hasil rembatan rendah dari tepi gawang Pahang dan menewaskan Khairul Azhan.

Perlawanan yang seakan-akan tamat dengan keputusan 2-1 nampak meleset apabila Iwuji menggamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila mengambil kesempatan dari pemain Pahang yang keletihan dengan mengelecek 3 pemain sebelum merembat ke pintu gol Pahang untuk melenyapkan impian peminat TokGajah ke perlawanan akhir Piala FA untuk kali ke 2.

Kelantan akan menentang Lions XII di Stadium Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 setelah pasukan dari seberang tambak itu layak melalui jaringan gol di tempat lawan walaupun tewas kepada Terengganu 2-3 di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak.

Kredit foto : FB PBNP

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top