Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW] Mampukah Pahang ke ‘final’?

[PREVIEW] Mampukah Pahang ke ‘final’?

Menjelang sepak mula perlawanan kedua separuh akhir Piala FA membabitkan pertempuran dua negeri berjiran ini sudah pasti menggundang polemik dalam kalangan pencinta bola sepak di Pantai Timur khususnya dan seluruh pemerhati bola sepak tanah air. Ada yang melihat situasi pada perlawanan pertama tempoh hari tidak memihak kepada pasukan Pahang kerana tidak memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri.

Stadium Bukit Jalil dijangka menjadi venue perlawanan AKHIR Piala FA
Stadium Bukit Jalil dijangka menjadi venue perlawanan AKHIR Piala FA

Ada juga yang menyifatkan Pahang mempunyai sedikit kelebihan kerana tidak melepaskan gol di tempat sendiri dan menganggap Pahang mempunyai chemistry yang jitu dalam pasukan dan mampu untuk memenangi perlawanan ini nanti. Apa jua bentuk polemik yang timbul membabitkan kedua-dua pasukan ini, Sabtu ini bakal menobatkan pasukan manakah yang akan melangkah ke pentas akhir pada 23 Mei nanti di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

” Belum selamat dan saingan masih terbuka”, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan saingan kedua buat 4 pasukan yang berjaya melangkah ke saingan separuh akhir bagi edisi kali ini. Sungguhpun 2 pasukan tuan rumah berjaya melakar kemenangan pada saingan pertama tempoh hari, namun itu bukanlah menjanjikan bekalan yang selesa untuk melangkah ke pentas akhir. Bagi pasukan Pahang, bekalan 1 gol yang akan di bawa Sabtu ini ke Kota Bharu dilihat masih belum selesa dan Pahang perlu menjaringkan gol awal untuk menyentap semangat pasukan lawan untuk bangkit mencari 3 gol bagi memadam kelebihan agregat. Ini juga dibuktikan oleh skuad Tok Gajah di stadium Bandaraya pada aksi kedua suku akhir tempoh hari apabila berjaya mendapatkan 2 gol awal yang dilihat mempengarui mental pemain pasukan lawan untuk bangkit mencari 5 gol untuk mara ke separuh akhir.

Kad kuning kedua

50 vs Kelantan
Jonathan McKain digantung perlawanan setelah mendapat kad kuning kali kedua pada perlawanan separuh akhir pertama.

Perancangan taktikal buat kedua-dua pasukan dilihat bakal menerima impak apabila 2 tonggak pasukan Pahang dan The Red Warriors (TRW) bakal terlepas aksi Sabtu ini akibat penggantungan permainan. Buat TRW, kehilangan Jonanthan McKain di barisan pertahanan dilihat sedikit menjejaskan defensive third pasukan tatkala cabaran yang besar bakal dipikul untuk mempertahankan gawang dari dibolosi seterusnya bakal memberi kelebihan buat Pahang berdasarkan perkiraan gol di tempat lawan. Namun begitu, kehilangan pemain ini dijangka akan ditampung oleh Nik Shahrul Azim yang sebelum ini beraksi di posisi bek kanan. Buat pasukan Pahang, kehilangan Hafiz Kamal di posisi tengah nyata memberi kesan dalam usaha Tok Gajah melebarkan jurang kelebihan di Kota Bahru nanti. Pemain yang mempunyai determination yang tinggi selain mampu mengambil sepakan penjuru dan bebas ini mampu mendatangkan bahaya buat gawang lawan. Ini dibuktikan oleh beliau ketika terlibat dalam mencipta gol yang dijaringkan oleh Damion Stewart ketika Pahang menundukkan TRW 0-2 pada aksi liga Super yang lalu.

54 vs Kelantan
Nik Shahrul Azim dijangka menampung posisi yang ditinggalkan oleh Jonathan Mckain yang digantung perlawanan.

Perlawanan kedua separuh akhir ini harus diberikan perhatian buat pemain-pemain Pahang dalam usaha untuk menampilkan full squad sekiranya layak ke pentas akhir nanti. Ini dibuktikan apabila sekurang-kurangnya 6 pemain berada dalam situasi berhati-hati kerana sudah mengutip satu kad kuning. Dickson Nwakaeme, Saifulnizam, Rizua Shafiqi, Zesh Rehman, Khairul Azhan dan Matthew Davies  perlu lebih tenang agar tidak dilayangkan kad kuning kedua seterusnya memadam impian beraksi di pentas akhir nanti (sekiranya layak).

Awasi serangan Kelantan

Beberapa percubaan ke arah pintu gol Pahang pada separuh masa kedua perlawanan pertama sebelum ini jelas mengambarkan amaran yang bakal diterima sekiranya benteng pertahanan tidak memberikan fokus dan mengabaikan disiplin bertahan. Pemain-pemain seperti Wan Zaharulnizam Zakaria dan Gilmar dilihat beberapa kali cuba mengucar-kacirkan back four Pahang dan di lihat paling berbahaya pada penghujung permainan babak kedua apabila larian sebelah kiri pintu gol Pahang oleh Zaharulnizam berjaya di umpan mencari Gilmar, namun beliau gagal menyudahkan peluang yang terhidang. Begitu juga sekembalinya Badhri Radzi dalam pasukan (sekiranya diturunkan) akan merubah jentera tengah dan mempelbagaikan variasi serangan pasukan untuk mencari 2 gol bagi memadam kelebihan pasukan pelawat.

Teruskan perjuangan

Momentum kemenangan ke tujuh berturut-turut buat Pahang gagal dilebarkan pada pertemuan menentang Global FC di Manila baru-baru ini, namun kejayaan melangkah ke pusingan kedua sudah cukup membawa Tok Gajah ke fasa yang amat membanggakan untuk seluruh penyokong setianya. Keputusan seri yang dicatatkan pada pertemuan ini masih boleh dibanggakan tatkala pengendali Pahang, Zainal Abidin membuat keputusan yang tepat melakukan rotation pemain di mana beliau tidak meletakkan beberapa pemain utama dalam starting line-up sebagai persediaan untuk mengharungi perlawanan kedua separuh akhir ini. Di samping itu, ketiadaan Hafiz Kamal di bahagian tengah kemungkinan akan ditampung oleh Azidan Sarudin yang di lihat sedikit mempunyai advantage kerana tidak diturunkan pada aksi Rabu lalu. Ketiadaan Hafiz Kamal menyaksikan gandingan barunya iaitu Zesh Rehman di posisi tengah mungkin sedikit terjejas apatah lagi gandingan kedua-dua pemain ini di lihat semakin menunjukkan keserasian dan telah membuktikan kejayaan buat pasukan selain berjaya mencatatkan clean sheet.

58 vs Kelantan
Azam perlu lebih bijak dalam membuat keputusan

Namun begitu, kelibat Norazam tetap ditagih untuk mempamerkan kelincihan serta lebih banyak membuka ruang buat penyerang Pahang. Kegagalan untuk mencipta gol tempoh hari seharusnya di lupakan dan berharap beliau lebih tenang dalam membuat keputusan samada untuk menjaringkan gol melalui peluang yang dicipta ataupun memberi laluan buat rakan-rakan lain memanfaatkan peluang yang terhidang. Pemain ini juga dituntut agar tidak menyimpan bola dengan terlalu lama bagi mengelak dari risiko dispossessed yang boleh membuka peluang buat pasukan lawan melakukan serangan balas. Namun begitu, keberanian beliau untuk melakukan percubaan jauh wajar diberikan pujian setidak-tidaknya beliau mampu memberikan tekanan buat penjaga gol dan mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

Peningkatan corak permainan Matthew Davies pada pertemuan pertama juga sewajarnya dipuji. Pemain ini juga di lihat semakin matang terutamanya dalam membantu Alex di bahagian sayap kanan dan beberapa kali di lihat melakukan hantaran cantik ke dalam D-box. Moga prestasi yang sama bakal disajikan nanti di samping tidak meninggalkan tugas utamanya selaku pemain pertahanan untuk menyerap asakan Zaharulnizam.

Kesimpulannya, bekalan satu gol perlu dijadikan motivasi buat para pemain tatkala berada dalam fasa keletihan ini sambil tidak terlalu selesa untuk melangkah ke pentas akhir. Skrip yang sama ketika aksi suku akhir kedua di stadium Bandaraya harus diulangi agar gol yang dihasilkan di tempat lawan bakal menyulitkan pasukan tuan rumah bangkit dan memadam deficit gol. Apa-apa pun keputusan yang bakal dicatat pada pertemuan Sabtu ini, ia dianggap satu keputusan yang masih boleh dibanggakan sepanjang tahun ini kerana membawa Pahang ke suatu aras yang lebih baik tatkala bergelut dengan minggu perlawanan yang padat.

Moga Pahang melangkah ke pentas akhir. Ayuh Tokgajah Ku!

Barisan kemungkinan (Ramalan TokGajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top