Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > [LFK]Pahang intai slot Grand Final/LFK 2016

[LFK]Pahang intai slot Grand Final/LFK 2016

Selepas hanya mengutip 3 mata dari 3 perlawanan pada minggu ke-9, skuad futsal Pahang berdepan misi hidup mati minggu ini apabila dijadual bertemu Kuala Lumpur MK dan Perak. Tidak ada jalan keluar lain buat Pahang, wajib mengumpul 6 mata sambil mengharap seteru di atas mereka, Selangor terus tercicir mata pada minggu ini yang dijadual bertemu Kedah dan Sabah Quilmess.

Kedudukan Pahang terkini di LFK 2015 selepas 18 perlawanan :

Kedudukan terkini, Sumber : FAM

LFK2015 kini hanya berbaki 4 perlawanan. Untuk pengetahuan semua, format LFK2015 adalah seperti berikut :

1. 12 pasukan bertanding dalam format liga 2 pusingan. Bermakna setiap pasukan mengharungi 22 perlawanan.

2. 8 pasukan terbaik layak ke Pusingan Grand Final LFK2015 dan layak secara automatik ke LFK2016.

3. 4 pasukan tercorot terpaksa mengharungi pusingan kelayakan untuk layak ke LFK2016.

4. Di Grand Final, 8 pasukan akan dibahagi ke dalam 2 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir dan pemenang seterusnya layak ke perlawanan akhir.

Baki 4 perlawanan ini amat penting buat Pahang dan Selangor bagi menjamin tempat mereka di tangga ke-8 seterusnya menyertai kelompok 7 pasukan lain untuk layak ke Grand Final dan menempah tiket ke LFK2016. Isu tunggakan gaji dan kecederaan beberapa pemain Pahang tidak sedikit pun merencatkan persediaan Coach Yazeed untuk menempuh baki 4 perlawanan ini.

SOKONGAN PADU penyokong Pahang amatlah ditagih terutama yang berada di Lembah Klang, di saat pemain berkorban keringat dan duit sendiri demi mempertahankan lencana di dada.

AYUH FUTSAL TOK GAJAH !!!

Keputusan LFK2015 Minggu 9

1. Jumaat : Pahang 4-7 T-Team
2. Sabtu : Pahang 3-1 Selangor
3. Ahad : Pahang 1-6 KL Petaling Putra

Jadual LFK2015 Minggu 10

1. Jumaat (15 Mei) : Pahang vs KL MK : 6.00 petang
2. Sabtu (16 Mei) : Pahang vs Perak : 8.00 malam

*Semua perlawanan berlangsung di KSL Gombak

Kredit Foto : FB Sheikh Muhammad Fallah

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top