Anda di sini
Laman Utama > Berita > 6 pemain Pahang menjadi pilihan Dollah Salleh

6 pemain Pahang menjadi pilihan Dollah Salleh

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Dollah Salleh menyenaraikan 6 pemain Pahang untuk ke latihan pusat fasa kedua yang dijangka bermula 28 Mei 2015 sehingga 17 Jun 2015. Menurut kenyataan rasmi dari Persatuan Bolasepak Malaysia melalui laman web mereka, latihan ini berikutan sebagai persediaan dan pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan bagi perlawanan berikut :

1. Malaysia mlm Hong Kong – 6 Jun 2015 (Persahabatan)

2. Malaysia mlm Timor Laeste – 11 Jun 2015 (Kelayakan Piala Dunia 2018)

3. Malaysia mlm Palestin – 16 Jun 2015 (Kelayakan Piala Dunia 2018)

6 pemain ini, termasuk 13 pemain dari pasukan JDT hanya dipanggil pada sesi latihan fasa kedua kerana terlibat dalam pusingan kedua Piala AFC yang dijangka berlangsung pada 26 & 27 Mei 2015. Kedua-dua pasukan mara setelah menduduki dua tangga teratas dalam kumpulan masing-masing.

Fasa pertama latihan pusat dijadualkan pada 17-27 Mei 2015 bagi persediaan untuk perlawanan Pilihan Malaysia menentang Pasukan Kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur FC pada 27 Mei 2015 di Stadium Shah Alam. Selain 19 pemain tempatan skuad Pilihan Malaysia juga diperkuatkan oleh 5 orang pemain import yang bermain dalam Liga Malaysia.

Sekalung tahniah diucapkan pemain Pahang yang terpilih. Anda membuat kami bangga menyokong Pahang. Berikut adalah senarai pemain tersebut :

1. Khairul Azhan Khalid

2. Razman Roslan

3. Matthew Davies

4. Mohd Hafiz Kamal

5. Mohd Azammuddin Akil

6. R Gopinathan

Kredit foto : mstar

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top